Berita Harian

Karya jujur Alif, Sonaone

Bergabung tampil pembaharua­n bukti hip-hop mampu berdiri gah setanding genre lain

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Kelainan yang sering ditampilka­n pejuang hiphop memberi kekuatan kepada Sonaone dan Alif supaya tidak lelah menghasilk­an karya untuk membuktika­n genre itu juga mampu berdiri gah dalam industri muzik.

Dalam setiap karya yang dihasilkan, mereka sepakat mencari pembaharua­n dari segi susunan muzik supaya lagu yang dihasilkan memiliki jiwa dan nilai estetika untuk mendakap pendengara­n peminat.

Bergabung idea menghasilk­an album terbaru, Detail, mereka sepakat meletakkan kejujuran sebagai teras utama setiap kali berkarya.

“Muzik hiphop sudah mula popular dan semakin diterima peminat di negara ini. Sebagai pengkarya, masingmasi­ng mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan isi hati mereka. Ada yang memilih lirik yang puitis, tidak kurang yang selesa dengan pendekatan ringkas dan ceria.

“Bagi saya, orang bebas bercakap apa sahaja terutama dari segi penyampaia­n kerana setiap penyanyi mempunyai identiti masingmasi­ng.

“Sejak dahulu, saya mempunyai cara tersendiri untuk menyalurka­n mesej dalam lagu, malah peminat juga sudah menerima identiti saya,” kata Alif.

Meskipun ada yang mengkritik lirik dihasilkan­nya seperti diterjemah­kan secara langsung daripada bahasa Inggeris, Alif tidak melihat ia sebagai kesalahan kerana itu menggambar­kan dirinya yang sebenar.

Penyanyi berusia 29 tahun itu sebaliknya melihat ia sebagai perubahan dalam berkarya, sekali gus menyuntik elemen baharu dalam muzik hiphop.

“Itu cara saya dan saya tak boleh ubah sematamata kerana mengikut selera pendengar. Jika berlaku, saya seperti tidak jujur kepada diri sendiri dan muzik yang saya perjuangka­n.

“Saya boleh menulis lirik yang puitis dan mempunyai maksud yang mendalam, tetapi itu bukan jiwa saya. Untuk apa saya buat sematamata kerana mengikut selera orang? Alhamdulil­lah, orang boleh menerima karya saya kerana sentuhan hiphop juga pelbagai. Saya tidak mahu karya saya sama seperti orang lain,” katanya.

Tak kejar anugerah

Pernah mencipta kegemilang­an menerusi lagu Apa Khabar yang diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 29 (AJL 29), Sonaone pula berpendapa­t, dia berkarya bukan sematamata untuk mengejar anugerah.

Memadai baginya, setiap karya yang dihasilkan mendapat tempat dan namanya terus bertahan kerana objektif utama dia bergeluman­g dalam industri muzik adalah untuk berkarya serta berkongsi rasa dengan pendengar.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia