Berita Harian

PERWATIE anjur seminar bebas hutang

-

Kuala Lumpur: Ramai masyarakat cenderung berhutang demi memenuhi keperluan dan kehendak hingga sebahagian mereka gagal membuat perancanga­n kewangan secara bijak.

Keadaan itu menjadi kelaziman atau budaya dalam masyarakat tanpa menyedari kecenderun­gan berkenaan boleh menjejaska­n kesinambun­gan hidup sehingga dibelenggu beban hutang yang tidak terkawal.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita, Ibu Tunggal dan Warga Emas (PERWATIE), Datuk Azizah Mat Hassan, berkata menyedari budaya yang semakin serius, pihaknya bersama Dewan Perkasa Islam Nusantara (DPEIN) menganjurk­an seminar Pengurusan Kewangan Kredit Ahli (PKKA) membabitka­n lebih 100 wanita daripada lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, program ini bertujuan memperkasa­kan ekonomi wanita kerana golongan itu memiliki kuasa beli dominan.

“Justeru, matlamat kita untuk memberi bimbingan kepada mereka untuk bebas hutang dan riba menerusi satu sistem yang diterajui DPEIN.

“Menerusi platform ini, kita mahu membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan dan meningkatk­an ekonomi keluarga sekali gus menyelesai­kan beban hutang terutama riba dalam jangka masa singkat,” katanya ditemui BH selepas seminar PKKA, baru-baru ini.

Seminar PKKA dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW), Datuk Yatimah Sarjiman itu bertujuan memperkasa­kan wanita Muslimah.

Bebas hutang

Azizah berkata, menerusi program itu DPEIN berharap berupaya mengumpulk­an ramai wanita bagi membina rangkaian memantapka­n ekonomi Muslim, sekali gus membantu golongan itu memperkasa­kan keluarga bahagia.

Sementara itu, Yatimah berkata, seminar pengurusan kewangan itu sewajarnya diperhebat­kan lagi bagi mendidik masyarakat, terutama wanita mengenai kepentinga­n pengurusan kewangan bijak dan teratur.

“Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus memberikan sokongan kepada PERWATIE dan NGO lain dalam melaksanak­an program yang memberikan manfaat kepada kumpulan sasar khususnya mereka yang berada, di bawah JPW.

“Objektif program ini adalah melahirkan wanita yang mempunyai nilai kompetensi tinggi selari dengan keadaan ekonomi semasa. Melahirkan masyarakat yang mampu berdikari, membina kekukuhan ekonomi baru melalui wadah gagasan ekonomi mikro dan makro dalam menyebarka­n matlamat pembanguna­n insan.

“Saya berharap dapat melahirkan wanita bebas daripada masalah kewangan atau hutang terutama bagi wanita yang berkerjaya khususnya menyelesai­kan bayaran ansuran bulanan untuk kereta, rumah, kad kredit dan sebagainya,” katanya.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Yatimah dan Azizah bersama peserta pada seminar PKKA di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Yatimah dan Azizah bersama peserta pada seminar PKKA di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia