Berita Harian

‘Bela nasib Palestin tidak cukup dengan rasa kasihan’ “K

Imam Besar Masjid al-aqsa tegur negara Islam, masyarakat Muslim tunduk tekanan kuasa Barat

- Oleh Latifah Arifin

asihanilah kami.” Itu antara luahan Imam Besar Masjid al-aqsa, Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri, yang menegur negara Islam dan masyarakat Muslim di seluruh dunia supaya bersatu dan tidak sesekali tunduk kepada tekanan kuasa besar khususnya Amerika Syarikat (AS).

Sheikh Ekrima berkata, perlu ada pelan tindakan yang lebih proaktif untuk melindungi dan mengembali­kan kota suci ini ke tangan umat Islam semula.

“Kami sedar masyarakat Muslim mencintai Masjid al-aqsa, tetapi kerajaan negara Islam berada di bawah tekanan kuasa besar khususnya AS.

“Kami berasakan bantuan yang diberikan negara Arab tidak memadai kerana tidak cukup dengan rasa kasihan saja, sebaliknya tidak disusuli dengan tindakan melindungi­nya,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Sheikh Ekrima berada di negara ini dalam rangka kunjungan untuk berkongsi dan memaklumka­n situasi terkini Masjid al-aqsa bermula 16 Oktober lalu.

Beliau tidak menafikan umat Islam di Palestin berasakan seolaholah ditinggal atau disisihkan masyarakat Muslim kerana masih banyak negara Islam yang tunduk terhadap kuasa Barat khususnya dalam menyatakan pendirian politik.

“Saya lihat antara negara Islam yang teguh pendirian politik dan banyak memberikan bantuan seperti Malaysia serta Turki.

Bantuan belum mencukupi

“Sebenarnya bantuan yang diberikan negara dan umat Islam masih belum mencukupi kerana kerja ini perlu dilakukan secara beramairam­ai seperti yang pernah berlaku dalam sejarah dunia Islam sebelum ini.

“Perkara ini sudah diseru berkali-kali, malangnya ia seakan tidak diendahkan dan saya yakin, negara Islam sedang dipecah-belahkan AS supaya kita tidak mampu untuk mendapatka­n kembali Masjid al-aqsa,” katanya.

Beliau yang menjadi imam di Masjid al-aqsa sejak 1973 menambah, umat Islam perlu menyedari bahawa masjid berkenaan menjadi sebahagian akidah umat Islam yang perlu dipertahan­kan secara bersungguh-sungguh.

“Sebagai Muslim, kita perlu sentiasa positif dan jangan sesekali berputus asa untuk mendapatka­n semula Masjid al-aqsa.

“Pertembung­an ini ialah pertembung­an akidah dan Allah SWT tidak akan membiarkan orang Islam begitu saja, sebaliknya jika bersatu, akan mampu mendapatka­nnya semula,” katanya.

Beliau turut menegaskan tindakan melindungi, mempertaha­nkan dan menolak penceroboh­an Israel terhadap Masjid al-aqsa menjadi kewajipan setiap Muslim.

“Kami, rakyat Palestin sentiasa bersedia menghadapi kepahitan ini kerana sudah pasti mereka (Israel) tidak akan memberikan perkara yang manis.

“Inilah yang harus dihadapi dan kami menganggap semua ini adalah jihad pada jalan Allah SWT,” katanya.

Sheikh Ekrima turut mengingatk­an Masjid al-aqsa bukan hanya milik rakyat Palestin, sebaliknya ia adalah hak seluruh umat Islam di dunia.

“Kami di Palestin bersedia kerana itu arahan Allah dan Rasulnya. Walaupun kami berasakan seakan-akan berseorang­an, sudah pasti ada perancanga­n untuk membebaska­n Palestin secara keseluruha­nnya bukan sekadar Masjid al-aqsa.

“Kami berdoa agar ada seorang tokoh seperti Salahuddin al-ayubi yang akan membebaska­n Masjid al-aqsa dan bumi Palestin,” katanya.

Kezaliman Israel terus berlaku

Mengulas secara terperinci antara perancanga­n jahat yang sedang dilakukan Israel untuk menguasai Masjid al-aqsa, Sheikh Ekrima berkata, sehingga kini serangan dan kezaliman di sana terus berlaku, termasuk membunuh serta mencederak­an umat Islam.

“Sudah pasti mereka merancang kerja jahat kerana mereka sangat ingin menguasai Masjid al-aqsa.

“Ini disebabkan keyakinan mereka bahawa kuil Yahudi kuno, Haikal Sulaiman berada di bawah Masjid al-aqsa walaupun sebenarnya galian yang dilakukan menunjukka­n tidak ada perkara seperti didakwa.

“Namun, mereka tetap meneruskan usaha menguasai Masjid alaqsa dengan melakukan serangan ke atas umat Islam,” katanya.

Sheikh Ekrima turut memberi pandangan mengenai kemusykila­n umat Islam yang ingin melakukan ziarah ke Masjid al-aqsa kerana ada yang berpandang­an ia seakan-akan mengiktira­f pendudukan haram Israel ke atasnya.

“Tidak dinafikan, ziarah ke Masjid al-aqsa ada faedah dan mudaratnya. Berfaedah jika kita pergi ke Masjid al-aqsa untuk membantu mempertaha­nkannya serta membantu orang Islam yang dizalimi di sana.

“Mudaratnya pula apabila kita terpaksa tunduk kepada Israel untuk mendapatka­n visa ziarah. Oleh itu, kami menyerahka­n perkara ini kepada umat Islam untuk membuat pertimbang­an seadanya.

“Kami tidak mahu menghalang orang berziarah tetapi pada masa sama tidak juga menyokong kepada membuka pintu lebih luas bermuamala­h lebih-lebih lagi dengan Israel,” katanya.

 ?? [FOTO ABD RAHIM RAHMAT /BH] ?? Sheikh Ekrima merasmikan pejabat Yayasan MYAQSA sambil diiringi Duta Besar Palestin Ke Malaysia, Walid Abu Ali (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MYAQSA, Dr Noorazman Mohd Samsuddin di Yayasan Myaqsa Putrajaya, baru-baru ini.
[FOTO ABD RAHIM RAHMAT /BH] Sheikh Ekrima merasmikan pejabat Yayasan MYAQSA sambil diiringi Duta Besar Palestin Ke Malaysia, Walid Abu Ali (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MYAQSA, Dr Noorazman Mohd Samsuddin di Yayasan Myaqsa Putrajaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia