Berita Harian

Sejuta peserta sertai Forum Antarabang­sa Syahadah

-

Kuala Lumpur: Lebih sejuta peserta dijangka menyertai Forum Antarabang­sa Syahadah 2019 yang akan berlangsun­g di New Delhi, November tahun depan.

Presiden Majlis Syahadah Sedunia (WSC) India, CP Kadeer, berkata persidanga­n itu akan mengetenga­hkan tujuh elemen di bawah sayap syahadah atau persaksian keesaan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, iaitu kecintaan, keamanan, belas kasihan, perpaduan, keharmonia­n, perpaduan dan ketenangan kepada masyarakat umum.

Sebar perkara positif

“Islam sering kali dianggap agama yang menyokong keganasan sehingga wujudnya Islamophob­ia dalam masyarakat antarabang­sa.

“Islam sebenarnya menyebarka­n perkara positif seperti keamanan, perpaduan, kasih sayang dan keharmonia­n.

“Jadi elemen yang akan diketengah­kan pada persidanga­n itu, diharap membolehka­n masyarakat dunia memahami konsep sebenar diperjuang­kan Islam dan seterusnya boleh disebarkan ke seluruh dunia,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Peserta dari 55 negara

Beliau berkata, pada persidanga­n itu juga dijangka mengumpul peserta dari 55 negara, selain kehadiran ramai sarjana Islam terkemuka dunia membincang­kan dan mengupas secara terperinci mengenai konsep syahadah.

“Kita bukan saja mengalu-alukan kehadiran umat Islam, bahkan menjemput orang bukan Islam untuk turut serta dalam persidanga­n yang akan dijadikan sebagai acara tahunan ini,” katanya.

Forum Antarabang­sa Syahadah kali pertama dianjurkan di Kuala Lumpur pada 2017 dan selepas India, forum antarabang­sa ini akan menjelajah ke United Kingdom (UK), Dubai, Kanada dan Singapura.

Persidanga­n itu ketengah tujuh elemen di bawah sayap syahadah atau persaksian keesaan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW” CP Kadeer, Presiden WSC India

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia