Berita Harian

Kes bunuh Khashoggi dirancang: Erdogan

Anggota badan dipercayai wartawan ditemui dalam perigi bawah bangunan konsulat

-

Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan ada petunjuk kuat pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi dirancang dan cubaan menyalahka­n ia ke atas agensi perisik tidak memuaskan hati beliau.

Pemimpin Turki itu berkata sistem pengawasan di konsulat berkenaan dimatikan secara sengaja menjelang hari pembunuhan itu.

“Mulanya, mereka membuang cakera keras daripada kamera sistem. Ia adalah pembunuhan bermotifka­n politik,” katanya.

Dalam ucapan kepada Parlimen, Erdogan tidak menyebut mengenai Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, yang disyaki beberapa ahli perundanga­n Amerika Syarikat (AS) mengarahka­n pembunuhan itu.

Gesa tubuh suruhanjay­a bebas

Namun berkata Turki tidak akan menamatkan siasatan mengenai kematian Khashoggi sehingga semua persoalan terjawab. Katanya, Khashoggi dibunuh dengan ‘cara ganas’.

Erdogan juga menggesa suruhanjay­a bebas ditubuhkan untuk menyiasat pembunuhan itu tetapi menya takan keyakinan Raja Salman akan memberikan kerjasama penuh.

Dalam satu lagi perkembang­an, beberapa anggota badan dipercayai milik Khashoggi dilaporkan ditemui dalam sebuah perigi di konsulat Arab Saudi di Istanbul, menurut seorang pemimpin pembangkan­g Turki.

Akhbar Turki Haberler menyebut, ketua parti Rodina, Dogu Perincek dalam satu wawancara berkata, anggota badan itu ditemui dalam perigi yang terletak di tingkat bawah konsulat berkenaan.

Bagaimanap­un, pihak berkuasa Turki enggan memberi komen mengenai pendedahan itu yang dibuat ketika Erdogan bersedia mendedahka­n kebenaran sebenar di parlimen negara berkenaan.

Jamal hilang dan dilaporkan dibunuh ketika memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu namun mayatnya masih tidak ditemui. →

Sementara itu, Presiden Donald Trump menyuaraka­n beliau ‘tidak berpuas hati’ dengan penjelasan Riyadh mengenai cara kematian Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Ditanya sama ada beliau percaya Arab Saudi menceritak­an perkara sebenar mengenai kematian yang berlaku tiga minggu lalu, Trump memberitah­u wartawan di Rumah Putih bahawa jawapannya akan terbongkar tidak lama lagi.

Hantar pasukan penyiasat

“Saya akan tahu tidak lama lagi kerana sudah ada satu pasukan hebat di Turki dan sekumpulan lagi di Arab Saudi.

“Mereka akan kembali malam ini (kelmarin) dan esok (hari ini). Saya akan tahu. Saya tidak berpuas hati dengan apa yang saya dengar,” katanya.

Pegawai Arab Saudi, pada awalnya berkata, Khashoggi yang memasuki konsulat pada 2 Oktober lalu, sudah meninggal kan bangunan itu dengan selamat, sebelum mengaku Jumaat lalu bahawa beliau dibunuh di dalam konsulat itu.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Erdogan menerima tepukan selepas memberi ucapan mengenai kes pembunuhan Khashoggi di Parlimen Turki, di Ankara, semalam.
[ FOTO AFP ] Erdogan menerima tepukan selepas memberi ucapan mengenai kes pembunuhan Khashoggi di Parlimen Turki, di Ankara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia