Berita Harian

Puyuma Express didakwa dipandu laju

-

Taipei: Kereta api Puyuma Express yang tergelinci­r dan mengakibat­kan 18 maut, selain 187 mangsa cedera dalam insiden Ahad lalu, dipercayai dipandu laju, selepas pemandunya disyaki menutup sistem kawalan kelajuan.

Mahkamah daerah Yilan dalam satu kenyataan berkata, pemandu kereta api itu disyaki melakukan ‘kecuaian profesiona­l’ hingga menyebabka­n kemalangan itu dan ia dilaporkan terburuk dalam tempoh 25 tahun.

Pemandu yang hanya dikenali sebagai Yu, dibebaskan de jaminan, semalam selepas disoal siasat pihak pendakwaan dan kembali dirawat di hospital selepas dilaporkan cedera, termasuk patah tulang rusuk.

Kenyataan mahkamah itu turut menyatakan mereka sudah meneliti bukti dan menyoal siasat Yu, sebagai salah satu syarat jaminan.

Dalam soal siasat itu, Yu dikatakan mengaku menutup sistem Perlindung­an Automatik Kereta Api (ATP) yang berperanan memantau kelajuan, jika berlaku sebarang kerosakan pada bekalan tenaga kereta api terbabit.

“Ketika menghampir­i stesen Xinma barubaru ini, iaitu lokasi insiden, ia didapati bergerak pada kelajuan 140 kilometer sejam, berbanding 80 kilometer sejam, iaitu had kelajuan yang dikuat kuasa ketika berada di selekoh landasan kereta api.

Kecuaian profesiona­l

“Sewaktu disoal siasat, Yu mendakwa menutup sistem itu ketika berada di stesen terdahulu, dan tidak membukanya semula kerana sibuk berbual dengan penyelaras kereta api, justeru ia dianggap sebagai satu kecuaian profesiona­l,” kata mahkamah.

Kenyataan itu juga berkata, tindakan Yu menutup sistem ATP, mengakibat­kan beliau tidak mendapat bantuan bagi memantau kelajuan secara automatik dan brek, termasuk mengambil langkah perlu jika ada selekoh di landasan.

Namun, sebaliknya, brek hanya ditarik selepas berada berhampira­n selekoh dan ia menyebabka­n kereta api itu tergelinci­r.

AFP

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Petugas penyelamat bekerja semalaman di kawasan kejadian selepas kereta api tergelinci­r di daerah Yilan, Taiwan, kelmarin.
[FOTO REUTERS] Petugas penyelamat bekerja semalaman di kawasan kejadian selepas kereta api tergelinci­r di daerah Yilan, Taiwan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia