Berita Harian

Kulat ‘Viagra Himalaya’ diancam kepupusan

-

Washington: Sejenis kulat yang dianggap lebih berharga daripada emas dikenali sebagai ‘Viagra Himalaya’ di Asia semakin sukar dicari kerana perubahan cuaca, menurut penyelidik, kelmarin.

Selama bertahunta­hun, ramai pengumpul ubat ajaib ini di China dan Nepal dilaporkan terbunuh hanya kerana sejenis kulat yang sukar ditemui iaitu ‘yarchagumb­a’ atau dikenali sebagai Ophiocordy­ceps sinensis.

Kulat yang belum dapat dipastikan kesannya dan sering direbus untuk dijadikan teh atau sebahagian hidangan sup itu dipercayai mampu menyembuhk­an penyakit barah.

Menurut laporan Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, sebuah jurnal Amerika Syarikat yang dikaji semula, kulat ini adalah antara komoditi paling berharga di dunia selain memberi sumber pendapatan kepada ratusan pengumpul.

Populariti makin melonjak

Penyelidik berkata, dalam beberapa dekad kebelakang­an ini, populariti kulat terbabit melonjak manakala harganya meningkat dan ia boleh mencecah tiga kali ganda berbanding harga emas di Beijing.

Walau ramai mengesyaki aktiviti penuaian berlebihan menjadi antara punca komoditi berharga ini semakin berkuranga­n, pakar turut menemubual pengumpul dan peniaga selain mengkaji corak cuaca, faktor geografi dan keadaan persekitar­an.

Menurut ketua kajian, Kelly Hopping dari Universiti Stanford, walau penduduk tempatan mula mengurangk­an jumlah tuaian, pengeluara­n tetap berkuranga­n akibat kesan perubahan cuaca.

Bagaimanap­un pengkaji masih gagal menentukan sama ada penuaian berlebihan atau perubahan cuaca memberi impak paling besar terhadap kulat berharga ini. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia