Berita Harian

Ianni didakwa provokasi Mourinho

-

London: Pembantu jurulatih Chelsea, Marco Ianni didakwa atas tuduhan melakukan tindakan ttidak wajar susulan provokasi terhadap Jose Mourinho yang turut diingatkan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) mengenai tanggungja­wabnya.

Ketegangan tercetus di hadapan terowong persalinan Stamford Bridge selepas Ross Barkley menjaringk­an gol pada masa kecederaan yang menyaksika­n Chelsea terselamat untuk seri 2-2, pada Sabtu lalu.

Mourinho yang juga bekas pengurus Chelsea berang dengan cara Ianni yang juga pembantu kepada bos Blues, Maurizio Sarri meraikan jaringan berkenaan di depan tempat duduk pemain gantian United.

Pengendali dari Portugal itu bingkas dari tempat duduknya tetapi ditahan oleh staf keselamata­n sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Dianggap tidak wajar

Ianni dan Sarri sudah membuat permohonan maaf kepada Mourinho dengan pengurus United itu menganggap perkara berkenaan sudah selesai tetapi badan induk, FA membuat keputusan untuk mengambil tindakan.

“Jurulatih Chelsea, Marco Ianni didakwa susulan perlawanan menentang Manchester United pada Sabtu,” kata FA dalam satu kenyataan. “Ia berkaitan dengan sikapnya pada minit ke-96 yang dianggap tidak wajar.

“Berkait dengan insiden berkenaan, Jose Mourinho juga sudah diingatkan mengenai tanggungja­wabnya manakala kedua-dua kelab menerima peringatan yang sama dengan sikap yang diharapkan terhadap staf dan pemain ketika berada di kawasan teknikal.”

Mourinho dalam pada itu berkata dia tidak bermaksud untuk meneruskan pergeseran apatah lagi mahu Ianni dipecat.

“Saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada Sarri atas kejujurann­ya,” kata Mourinho menjelang aksi Liga Juara-juara menentang Juventus, awal pagi tadi waktu Malaysia.

“Tetapi saya tidak gembira dengan tindakan melampau budak kecil (Ianni). Dia meminta maaf kepada saya, saya menerimany­a. Saya fikir dia layak dapat peluang kedua.”

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Jose Mourinho bersalaman dengan Marco Ianni selepas tamat perlawanan.
[ FOTO REUTERS ] Jose Mourinho bersalaman dengan Marco Ianni selepas tamat perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia