Berita Harian

Lagi kes doping SUKMA Perak dibongkar

-

Putrajaya: Satu lagi kes penyalahgu­naan bahan terlarang dikesan membabitka­n atlet yang bertanding pada temasya Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA) Perak.†

Pengesahan yang dimaklumka­n oleh Pengarah Agensi Anti- Doping Malaysia (ADAMAS), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz itu menjadikan jumlah keseluruha­n empat kes positif doping iaitu tiga angkat berat satu judo.

Jumlah itu bagaimanap­un mungkin bertambah apabila empat lagi sampel masih diuji di Makmal Ujian Anti Doping di New Delhi kerana menimbulka­n keraguan menyebabka­n makmal berkenaan memohon untuk membuat ujian lebih terperinci biarpun ujian sebelum ini negatif.

Dr Ramlan berkata kes terbaru itu membabitka­n atlet lelaki berusia 21 tahun dari Pahang dan ia adalah kes dua beliau selepas dikesan positif buat kali pertama pada 2016 kerana mengambil steroid anabolik.

“Kali ini atlet itu dikesan mengambil dua bahan terlarang iaitu methylhexa­neamine dan dimethylbu­tlamine sejenis bahan rangsangan dalam kategori S6 (stimulant prohibited list 2018).

“ADAMAS sudah memaklumka­n perkara itu kepada Persatuan Angkat Berat Malaysia dan Majlis Sukan Negara untuk tindakan selanjutny­a,” katanya semalam.

Sebagai rekod dua kes sebelum ini membabitka­n atlet angkat berat dari Terengganu seorang lelaki dan seorang wanita berusia 18 tahun.

Kedua-dua mereka dikesan mengambil bahan jenis methylhexa­neamine.

Seorang atlet judo wanita dari Perak berusia 21 tahun yang meraih pingat turut positif doping bahan triamcinol­one acetonide (tergolong dalam kategori S9 glucocorti­coids, prohibited list 2018).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia