Berita Harian

Maszlee minta laporan lengkap

Menteri sedia lawat SMK Seri Titiwangsa, pastikan nasib pelajar terbela

- Oleh Haika Khazi

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengarahka­n Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n (JPWP) mengemukak­an laporan penuh mengenai masalah kemudahan latihan dan penginapan daif di Sekolah Sukan Wilayah Persekutua­n (WP).

Beliau juga berjanji akan melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Titiwangsa itu bagi mendapatka­n gambaran sebenar sekali gus memastikan ia dapat ditan- gani bagi memastikan nasib pelajarnya terbela.

“Saya sendiri akan berhubung dengan mereka (JPNWP) untuk mendapatka­n laporan terperinci mengenai masalah yang dihadapi sekolah itu dan jika ada waktu, saya akan buat lawatan ke situ.

“Namun, saya harap syarikat swasta seperti Yonnex, al-ikhsan dan 100PLUS dapat memberikan sumbangan demi memastikan pembanguna­n sukan di peringkat akar umbi di negara ini terus berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini, semalam.

Maszlee mengulas mengenai laporan Ekslusif akhbar ini semalam yang mendedahka­n mengenai kemudahan latihan dan penginapan yang daif di sekolah berstatus SSN itu.

Kemudahan usang

Ketika SSN negeri lain mempunyai stadium mini, dewan latihan dan bas masingmasi­ng, malangnya SMK Seri Menteri Pendidikan Titiwangsa tidak memilikiny­a hingga mereka dilabelkan ’tak macam sekolah sukan’ dan seperti ‘anak tiri’.

Malah, ibu bapa mendakwa kemudahan yang disediakan di sekolah harian lebih baik selain mereka sendiri terpaksa bercuti dan berkorban menghantar anak masing-masing ke Stadium Mini Permaisuri yang terletak kira-kira 15 kilometer untuk menjalani latihan.

Tunggu laporan penuh

Tidak cukup dengan itu, asrama pelajar juga menumpang bangunan lama di Unit Sukan JPWP dengan kemudahan seperti katil dan lokar usang selain tingkap papan lapis dan sistem longkang tidak sempurna.

Ditanya sama ada kementeria­n akan menubuhkan jawatankua­sa khas bagi mengaudit kemudahan asas di semua sekolah sukan, Maszlee berkata ia bergantung kepada laporan dikemukaka­n oleh JPNWP.

“Kita tunggu laporan penuh daripada JPNWP dulu tetapi kamu jangan buat sebarang spekulasi lagi,” katanya

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia