Berita Harian

‘SSN hanya gah pada nama’

-

Kuala Lumpur: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Titiwangsa hanya gah dengan nama dan status - sekolah sukan negeri (SSN).

Itulah pengakuan bekas pelajarnya, Muhammad Phairil Danial yang mengesahka­n kemudahan latihan dan penginapan di sekolah berkenaan daif dan jelas jauh ketinggala­n berbanding SSN lain seperti yang didedahkan Unit Sukan NSTP, semalam.

Malah, beliau yang bersekolah di situ selama lima tahun sejak 2012 mengakui nasibnya dan rakan lain malang sekali gus berharap Kementeria­n Pendidikan tampil segera menangani masalah itu supaya nasib pelajar lain selepas ini terbela.

“Kalau sudah nama sekolah sukan sepatutnya kemudahan seperti gelanggang latihan kenalah ada.

“Macam kami budak hoki hanya hujung minggu saja menjalani latihan di Stadium KPM (Lembah Pantai). Kalau hari biasa kami banyak menjalani latihan kecergasan sebab kami berdepan masalah ketiadaan padang hoki.

Perbelanja­an sendiri

“Memang boleh latihan diadakan di padang sekolah, tetapi ia bertembung dengan latihan pasukan bola sepak.

“Jadi, mustahil untuk kami mengadakan latihan serentak dan pada akhirnya kami lebih banyak menjalani latihan kecergasan di Taman Tasik Titiwangsa. Jadi, macam mana hendak meningkatk­an prestasi,” katanya.

Phairil juga mengakui terpaksa mengeluark­an perbelanja­an sendiri untuk pergi menjalani latihan di Stadium Hoki KPM kerana pengangkut­an tidak disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia