Berita Harian

Skuad Hodak tempah laluan sukar

-

Kuala Lumpur: Skuad negara menempah laluan sukar dalam usaha layak ke suku akhir Kejohanan Bawah (B-19) Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 di Bekasi, Indonesia selepas seri 2-2 dengan Tajikistan malam tadi.

Selepas tumbang 1-2 di tangan Arab Saudi pada aksi pertama Kumpulan D itu, skuad bimbingan Bojan Hodak seharusnya bangkit mengutip mata penuh, namun kegagalan berbuat demikian mungkin boleh menyebabka­n perjuangan mereka berakhir setakat peringkat awal.

Justeru, mereka perlu menang selesa ke atas China pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Pakansari, Cibinong, Jumaat ini untuk menghidupk­an peluang mara ke suku akhir sambil mengharapk­an bantuan Arab Saudi yang sudah layak untuk menewaskan Tajikistan.

Pada aksi di Stadium Patriot Chandrabha­ga itu, Tajikistan bermula dengan rentak garang apabila pantas mengasak kubu negara menerusi percubaan Saidov Karomatull­o dan Mabatshoev Shervoni serta tandukan Ehsoni Panshanbe pada awal permainan, namun mudah dipatahkan benteng pertahanan negara.

Bagaimanap­un, kesabaran Malaysia mencari rentak akhirnya membuahkan hasil selepas hantaran Nik Akif Syahiran Nik Mat menembusi barisan pertahanan Tajikistan sebelum disudahkan Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk gol pembukaan pada minit ke-11.

Namun Malaysia tersentak apabila tindakan Al Imran Halim menjatuhka­n Boboev Sheriddin mengundang padah selepas pengadil, Ahmed Faisal Mohamad Alali dari Jordan menghadiah­kan penalti kepada Tajikistan yang disempurna­kan Panshanbe untuk mengikat kedudukan pada minit ke-34.

Ketika saingan memasuki minit akhir babak pertama, Tajikistan melancarka­n satu serangan balas pantas yang berakhir dengan jaringan Yodgorov Daler untuk menjadikan kedudukan 2-1 sebelum rehat.

Ikat kedudukan

Babak kedua bersambung, Nabil Hakim Bokhari menceriaka­n kem negara apabila mengikat kedudukan 2-2 menerusi sepakan percuma yang terbias pertahanan lawan, Hanonov Vahdat pada minit ke-54.

Hasrat Malaysia memburu gol kemenangan terencat apabila Nabil dilayangka­n kad merah pada minit ke-83 susulan terjahan keras ke atas Fuzaylov Ziyovuddin yang menyebabka­n pemain tengah itu mengalami kecederaan serius hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Tajikistan akhirnya mengikut jejak langkah Malaysia apabila beraksi dengan 10 pemain apabila Nurmatov Khuseyn dilayangka­n kad merah susulan kekasaran ke atas Ramadhan Saifullah pada minit ke-87.

 ??  ?? Hadi Fayyadh meraikan jaringan pertama Malaysia ketika menentang Tajikistan di Stadium Patriot Chandrabha­ga, malam tadi.
Hadi Fayyadh meraikan jaringan pertama Malaysia ketika menentang Tajikistan di Stadium Patriot Chandrabha­ga, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia