Berita Harian

Tiket penyokong TFC, Perak dijual esok

-

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mula menjual tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, mulai esok.

Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddi­n Abdul Karim berkata, sebanyak 30,000 tiket diperuntuk­kan khas kepada penyokong setia Terengganu FC (TFC).

“Kaunter jualan tiket akan mula dibuka pada jam 10 pagi hingga habis pada hari berkenaan dengan RM50 bagi dewasa manakala bagi kanak-kanak RM10. Hanya lima tiket dibenarkan bagi setiap pembeli.

“Bagi penyokong yang jauh pula, mereka boleh membelinya secara dalam talian yang diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebanyak 10,000 keping,” katanya semalam.

Tempah bas

Sementara itu, Pengerusi Pembanguna­n Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, semua bas milik agensi dan jabatan kerajaan Terengganu habis ditempah untuk membawa penyokong skuad Penyu menyaksika­n aksi final di Stadium Shah Alam.

Di Ipoh, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan mula menjual tiket perlawanan akhir Piala Malaysia esok termasuk di beberapa lokasi seluruh negeri.

Setiausaha Agung PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, jualan tiket di daerah akan dibuat dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Katanya, lokasi jualan ialah di Stadium Mini Kerian di Parit Buntar, Dewan Jubilee Kuala Kangsar di Kuala Kangsar, Taman Payabakau di Manjung.

Selain itu, kaunter pandu lalu Majlis Perbandara­n Teluk Intan di Teluk Intan, Pejabat Daerah Lenggong di Lenggong, Stadium Mini Tapah di Tapah dan Majlis Daerah Muallim di Tanjung Malim.

“Jualan tiket pada hari berkenaan turut diadakan di Stadium Perak di Ipoh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pasukan TFC menjalanil­atihan menjelang perlawanan akhir Pialamalay­sia2018 di Padang Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, semalam.
Pasukan TFC menjalanil­atihan menjelang perlawanan akhir Pialamalay­sia2018 di Padang Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia