Berita Harian

Ashari mahu tebus duka 2011

Tonggak TFC anggap musim ini sebagai peluang terbaik rangkul juara

- Oleh Malik Muhamad

Kekecewaan tumpas pada final Piala Malaysia tujuh tahun lalu mahu diubati Ashari Samsudin apabila Terengganu FC (TFC) membuat perhitunga­n dengan Perak di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Bekaspemen­angkasutem­as 2010 dengan 18 gol itu juga berazammah­umenamatka­nkarier bola sepaknya dengan meraih sekurang-kurangnya satu trofi pialaberpr­estijitu.

“Ini peluang terbaik buat saya dan rakan sepasukan untuk memahat sejarah sesudah gagal muncul juara pada 2011 selepas tumpas 1-2 kepada Negeri Sembilan.

“Saya masih ingat ketika final pada 29 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, saya meledak gol pendahulua­n pada minit ke-59, namun impian kami berkecai apabila lawan bangkit pada 10 minit terakhir hasil jaringan S Kunanlan dan Hairuddin Omar.

Doa episod duka tak berulang

“Saya berdoa sambil berharap episod duka itu tidak berulang lagi kerana perjalanan untuk mara hingga ke tahap ini begitu sukar dan berliku,” kata Ashari, pemain tunggal skuad 2011 yang masih beraksi dalam skuad Penyu musim ini.

Pada separuh akhir kedua menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) hujung minggu lalu, pemain yang digelar ‘The Silent Killer’ berusia 33 tahun itu berjaya melakukan hantaran tepat dan berkualiti kepada rakan sepasukann­ya, Kipre Tchetche sebelum pemain dari Ivory Coast itu meledak gol penyamaan untuk mengikat kedudukan 2-2 sekali gus memastikan kemaraan.

“Jika ditanya perasaan ketika ini saya begitu teruja dan tidak sabar untuk turun beraksi bagi menebus kehampaan tujuhtahun­lalu.

“Bagaimanap­un saya harap menjelangp­ertemuanit­unanti, saya bebas daripada sebarang kecederaan, begitu juga rakan sepasukan kerana sedar peluang beraksi hanya tinggal mimpi jika cedera.”

Penyerang yang mempunyai ketinggian 1.80 meter itu juga pernah membantu pasukannya muncul juara Piala FA 2011.

“Pesanan saya kepada diri dan rakan sepasukan supaya tidak terlalu yakin sebaliknya perlu memperkema­skan diri kerana lawan mempunyai kekuatan tersendiri biarpun rekod kedua-dua pasukan musim ini seimbang,” kata Ashari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia