Berita Harian

Chantha Bin janji kerja keras julang Terengganu

-

Kuala Terengganu: Nama pemain import Terengganu FC (TFC), Thierry Chantha Bin tidaklah sepopular rakan seposisi di bahagian tengah, Lee Tuck atau pun penyerang, Kipre Tchetche.

Malah, pemain kebangsaan Kemboja yang dilahirkan di Perancis itu juga tidak menjadi ‘kegilaan’ penyokong kerana mungkin posisinya pemain tengah bertahan.

Namun kelebihan ketinggian meletakkan dia antara aset penting buat TFC dalam setiap perlawanan kerana bijak membaca gerakan dan mengekang pemain lawandarip­adabermaha­rajalela.

Buktinya pada aksi separuh akhir kedua bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada Sabtu lalu, kelibat bekas pemain kebangsaan skuad Les Bleus bawah 17 tahun itu harus dipuji kerana berjaya menjadi watak penting menyingkir­kan juara bertahan Piala Malaysia itu dengan agregat 3-2.

Enggan dabik dada

Bagaimanap­un pemain yang memulakan kariernya bersama kelab RC Strasbourg di Perancis itu enggan mendabik dada.

Malah, dia juga tidak selesa dipuji kerana apa yang lebih penting baginya adalah untuk memperagak­an aksi terbaik selain kerjasama rakan sepasukan apabila berada di dalam padang.

“Setiap pemain mempunyai keistimewa­an masing-masing, cuma perlu berusaha lebih keras lagi terutama ketika sesi latihan dan buktikan apabila mendapat peluang disenaraik­an dalam kesebelasa­n pasukan.

“Justeru, untuk final Sabtu ini, selain membantu pasukan memenangi gelaran piala berprestij itu buat kali kedua dalam sejarah skuad TFC, saya juga memasang impian mencipta sejarah peribadi.

“Lebih-lebih lagi ini musim pertama saya bermain dalam Liga Malaysia dan belum pernah lagi memenangi sebarang trofi.”

“Saya juga mahu hadiahkan kemenangan kepada isteri tercinta, Kate Sutherland yang banyak berkorban walaupun terpaksa berhijrah dari Kanada selain anak pertama yang bakal lahir pada April tahun depan.

“Saya juga sudah jatuh hati dengan Terengganu terutama penyokong yang baik serta masakannya sedap termasuk keropok lekor.

“Saya percaya rakan sepasukan mempunyai keazaman yang sama berjuang habis-habisan hingga minit terakhir perlawanan seperti ketika bertemu JDT tempoh hari apabila menyamakan kedudukan pada masa kecederaan,” kata Chantha Bin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia