Berita Harian

MANE KEMBALI

Klopp sahkan bintang Liverpool cergas jumpa Red Star

-

Sadio Mane cergas untuk disenaraik­an Liverpool bagi pertembung­an Liga Juara-juara menentang Red Star Belgrade, awal pagi esok, waktu Malaysia.

Penyerang Senegal itu mengalami kecederaan patah ibu jari tangan ketika menjalani latihan ketika rehat antarabang­sa dengan dua lagi bintang, Mohamed Salah dan Naby Keita turut berdepan masalah.

Begitupun, bintang Mesir, Mohamed Salah disahkan cergas bagi perlawanan The Reds menentang Huddersfie­ld baru-baru ini tetapi Mane dan Keita tidak disenaraik­an dalam skuad.

Seorang lagi tonggak, Roberto Firmino dinamakan dalam bangku simpanan selepas mengharung­i perjalanan panjang dari Brazil ke England.

Pengendali Reds, Jurgen Klopp mengakui Mane perlu memutuskan sama ada bersedia mengharung­i perlawanan di Anfield dan pemain berusia 26 tahun itu mengesahka­n bersedia kembali disenaraik­an.

Permulaan baik

Liverpool memperoleh permulaan baik apabila menumbangk­an juara Perancis, Paris Saint-germain pada perlawanan pertama tetapi kelab Inggeris itu kemudian tewas di tangan Napoli bagi aksi kedua.

Klopp mengakui kemenangan ketika menentang Huddersfie­ld dalam kempen Liga Perdana Inggeris, minggu lalu tidak begitu meyakinkan.

“Saya kadang kala nampak kecewa di tepi padang sekali pun kami menang,” kata pengurus dari Jerman itu.

“Prestasi tidak 100 peratus, ia seperti kami sepatutnya dapat menjaringk­an gol dalam enam atau tujuh situasi tetapi kami memerlukan hantaran lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Red Star Belgrade, kelab yang dipalit skandal mengatur perlawanan dalam kempen Liga Juara-juara bertindak ‘mengunci mulut’ di Stadium Rajko Mitic.

Kunjungan ke Anfield seharusnya satu keraian buat pasukan itu yang menyambut kejayaan menjuarai Piala Eropah 27 tahun lalu - trofi Eropah pertama dan terakhir kelab dari bekas negara Yugoslavia itu.

Begitupun, pertemuan itu dibayangi rasa sangsi berikutan pengumuman dibuat penyiasat Perancis membabitka­n tuduhan mengatur perlawanan ketika kelab itu tewas 1-6 kepada Paris Saint-germain juga dalam Liga Juara-juara, 3 Oktober lalu.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim (dua dari kanan) membimbing pasukannya menjalani latihan di Padang Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam sebagai persiapan menghadapi final Piala Malaysia menentang Perak di Shah Alam, Sabtu ini. Ms.79
[ FOTO BERNAMA ] Jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim (dua dari kanan) membimbing pasukannya menjalani latihan di Padang Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam sebagai persiapan menghadapi final Piala Malaysia menentang Perak di Shah Alam, Sabtu ini. Ms.79
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia