Berita Harian

‘Biar mahkamah tentukan’

Mohd Shafie ulas kes saman Musa Aman isu ketua menteri sah

- Oleh Suzianah Jiffar

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahka­n kepada mahkamah untuk keputusan berhubung saman difailkan Tan Sri Musa Aman terhadap beliau dan Yang di-pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin berhubung ketua menteri yang sah.

“Serahkan kepada mahkamah, biar mahkamah menentukan­nya. Kita ada perundanga­n,” katanya kepada media selepas taklimat berkaitan hala tuju Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) di pejabatnya di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin; Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur negeri, Datuk Peter Anthony dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggie.

Mohd Shafie mengulas mengenai kes saman itu yang akan menyambung prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, esok.

Jun lalu, Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah memfailkan saman dengan disokong afidavit terhadap Juhar dan Mohd Shafie berkaitan isu pelantikan ketua menteri.

Dakwa Musa tiada alasan munasabah

Saman berkenaan bagi mendapatka­n pengisytih­aran bahawa beliau kekal ketua menteri yang sah mengikut undang-undang, selain mendakwa pengakuan sumpah Mohd Shafie sebagai ketua menteri oleh Yang di-pertua Negeri pada 12 Mei lalu adalah tidak berperlemb­agaan dan tidak sah.

Pada 5 Jun lalu, Mohd Shafie mengemukak­an permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalka­n saman Musa atas alasan ADUN Sungai Sibuga itu tidak mempunyai alasan munasabah untuk mencabar pelantikan­nya.

Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Juhar pada 10 Mei lalu berdasarka­n majoriti 31 kerusi menerusi kerjasama Barisan Nasional (BN) dan STAR.

Bagaimanap­un, dua hari kemudian Musa hilang majoriti apabila beberapa wakil rakyat BN menyokong gabungan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan dengan Mohd Shafie sebagai ketua menteri.

 ?? [ FOTO EDMUND SAMUNTING/ BH ] ?? Mohd Shafie pada sidang media selepas taklimat hala tuju SESB di Bangunan Pusat Pentadbira­n negeri Sabah,
Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO EDMUND SAMUNTING/ BH ] Mohd Shafie pada sidang media selepas taklimat hala tuju SESB di Bangunan Pusat Pentadbira­n negeri Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia