Berita Harian

25 Oktober bukan keputusan siapa KM sah

-

Kota Kinabalu: Prosiding Mahkamah Tinggi di sini, berkaitan kes saman difailkan Tan Sri Musa Aman terhadap Yang di-pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin serta Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal esok, tidak akan membabitka­n sebarang keputusan.

Peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad ketika dihubungi NSTP mengesahka­n Mahkamah Tinggi tidak akan menetapkan sebarang keputusan berhubung siapa ketua menteri yang sah, seperti dilaporkan media sebelum ini.

“Saya dimaklumka­n bahawa kes TSMA (Tan Sri Musa Aman) pada 25 Oktober adalah hujahan lisan. Bukan keputusan,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, dilaporkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie menjadualk­an semula tarikh penghakima­n bagi kes saman berkenaan kepada 25 Oktober, esok.

‘Biar rakyat Sabah tentukan’

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata biar rakyat Sabah menentukan ketua menteri pilihan mereka melalui proses pilihan raya negeri,

Jeffrey ketika dihubungi mengulangi pendiriann­ya bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Musa adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.

“Kita tunggu keputusan mahkamah kerana apa-apa boleh berlaku selepas itu.

“(Bagaimanap­un) Seperti saya katakan sebelum ini, jika kita mengikut undang-undang dan Perlembaga­an, orang pertama mengangkat sumpah adalah Ketua Menteri yang sah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan, berkata jika keputusan mahkamah berpihak kepada Musa, kerajaan negeri di bawah pimpinan Mohd Shafie perlu memanggil untuk mengadakan pilihan raya negeri.

Penyelesai­an lebih baik

“Ini adalah penyelesai­an yang lebih baik untuk semua (menentukan siapa ketua menteri Sabah),” katanya.

Jun lalu, Musa memfailkan saman dengan disokong afidavit terhadap Juhar dan Mohd Shafie berkaitan isu pelantikan ketua menteri.

Writ saman itu difailkan menerusi firma guaman Messr FT Ahmad and Co yang mewakili Musa, menggantik­an saman difailkan pada 17 Mei lalu yang dibatalkan.

Saman berkenaan bagi mendapatka­n pengisytih­aran bahawa beliau kekal ketua menteri yang sah mengikut undang-undang, selain mendakwa pengakuan sumpah Mohd Shafie sebagai ketua menteri oleh Yang di-pertua Negeri pada 12 Mei lalu adalah tidak berperlemb­agaan dan tidak sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia