Berita Harian

SMS amaran awal akan diperkenal

-

Kota Kinabalu: Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan membangunk­an khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menghantar amaran awal tsunami mengikut lokasi secara spesifik.

Menterinya, Yeo Bee Yin, berkata ia antara perancanga­n yang dibincang bersama Jabatan Meteorolog­i sebagai langkah awal menghadapi sebarang kemungkina­n berkaitan bencana alam itu.

“Kita telah berbincang dengan Jabatan Meteorolog­i untuk mengadakan beberapa tindakan berhubung tsunami, termasuk membangunk­an sistem amaran SMS tsunami.

“Menerusi sistem amaran ini, SMS akan dihantar mengikut lokasi menggunaka­n teknologi satelit dan sesiapa yang ada di lokasi itu akan menerima SMS berkenaan,” katanya selepas taklimat berkaitan hala tuju Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, semalam.

Latihan berkala

Selain itu, Bee Yin berkata, lebih banyak latihan amaran tsunami akan dilaksanak­an dengan lebih kerap di seluruh negara.

“Ini akan membantu meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n masyarakat mengenai bencana itu. Kita perlu mengadakan latihan berkala supaya rakyat tahu mengenai kepentinga­n siren amaran tsunami.

“Selepas siren apa tindakan yang perlu diambil oleh penduduk, perlu diberi penekanan.

“Pada masa ini ada 56 stesen siren tsunami dipasang di kawasan berisiko tinggi di seluruh negara, termasuk di Sabah,” katanya.

Kita perlu mengadakan latihan berkala supaya rakyat tahu mengenai kepentinga­n siren amaran tsunami” Yeo Bee Yin, Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia