Berita Harian

Penyelidik mahu teroka lebih banyak rahsia Gua Niah

Ekspedisi saintifik kumpul bukti kewujudan manusia prasejarah

- Oleh Melvin Joni

Lebih banyak misteri arkeologi Gua Niah di wilayah utara negeri ini bakal dibongkar melalui ekspedisi saintifik diketuai pakar arkeologi dunia, Profesor Madya Dr Darren Curnoe tahun depan.

Curnoe yang juga tenaga akademik di Universiti New South Wales, Australia, berkata ekspedisi yang dijadualka­n berlangsun­g suku pertama tahun depan itu dijangka bertumpu di Gua Dagang, sebahagian rangkaian sistem Gua Niah.

Beliau berkata, pasukan yang bakal disertai 15 penyelidik itu tertumpu kepada usaha mengumpul bukti mengenai kewujudan manusia prasejarah yang pernah mendiami kawasan terbabit.

Dapatkan bukti, artifak

“Bukti jelas mengenai kewujudan manusia prasejarah pernah mendiami kawasan itu, terutama di lokasi berhampira­n West Mouth, Gua Niah yang menjadi tumpuan pengkaji arkeologi dari seluruh dunia.

“Justeru, kita perlu melakukan ekspedisi dan kajian susulan bagi mendapatka­n bukti lanjut, termasuk artifak berkaitan berhubung kemungkina­n itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Sejarah Gua Niah: Gua Dagang & Manusia 65,000 Tahun’ di Muzium Sarawak di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Curnoe berkata, wujud perdebatan dalam kalangan komuniti arkeologi antarabang­sa mengenai manusia moden yang paling awal tiba di Asia Tenggara adalah dari Afrika.

Tarik penyertaan universiti tempatan

“Ia topik hangat dibincangk­an komuniti arkeologi dunia ketika ini. Gua Niah menyediaka­n maklumat baharu tentang itu, malah Gua Dagang memberitah­u kita bahawa manusia berkenaan adalah dari Afrika kira-kira 65,000 tahun lalu.

“Kita mendapat sokongan yang sangat baik daripada orang pertama menetap di kawasan itu, terutama masyarakat orang Dayak yang begitu kaya dan canggih budaya mereka, dalam kajian ini,” katanya.

Curnoe berkata, pasukannya juga akan menarik penyertaan pelajar universiti tempatan, selain bekerjasam­a dengan Jabatan Muzium, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dalam ekspedisi itu.

“Kita sangat berminat untuk bekerjasam­a dengan orang tempatan, secara tidak langsung memberi latihan kepada generasi arkeologi Malaysia untuk menjadi pakar arkeologi antarabang­sa terbaik,” katanya.

 ?? [ FOTO JANNAH KHO / BH] ?? Curnoe meneliti artifak yang dijumpai di Gua Niah, baru-baru ini.
[ FOTO JANNAH KHO / BH] Curnoe meneliti artifak yang dijumpai di Gua Niah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia