Berita Harian

Bidang TVET bukan lagi pilihan kedua

-

Bintulu: Penganjura­n Program Kesedaran Latihan dan Perindustr­ian 2.0 (TRIA 2.0) diharap dapat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap bidang pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak, Dr Abdul Rahman Deen, berkata program tiga hari bermula 20 hingga 22 Oktober lalu itu dilihat sebagai platform terbaik bagi membuka mata dan minda masyarakat, terutama pelajar dan ibu bapa terhadap bidang itu.

“Melalui program sebegini, ia secara tidak langsung mengubah persepsi negatif sesetengah pelajar atau ibu bapa bahawa kemahiran teknikal hanya boleh diikuti oleh mereka yang kurang bijak dan kurang menyerlah dalam akademik,” katanya ketika menghadiri Majlis Penutup TRIA2.0 di sini, kelmarin.

Abdul Rahman berkata, ketika ini Sarawak menuju ke arah sebuah hab perindustr­ian terpenting di Malaysia, dengan bidang kemahiran serta teknikal mendapat pasaran kerja yang cukup banyak serta menawarkan gaji lumayan.

Mudah peroleh pekerjaan

Justeru, katanya, setiap ibu bapa haruslah memberikan galakan kepada anak masingmasi­ng menceburi bidang itu bagi memudahkan mereka memperoleh pekerjaan pada masa hadapan.

Mengenai penganjura­n program itu, Abdul Rahman berkata, ia inisiatif kerajaan negeri bagi meningkatk­an minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) di Sarawak, selain pendedahan awal terhadap bidang TVET.

“Bagi mencapai sasaran itu, ibu bapa haruslah memberikan galakan kepada anak mereka agar mengambil aliran sains ketika berada di Tingkatan Empat .

“Ini mengembang­kan potensi dimiliki mereka dengan mengikuti pendidikan TVET yang turut menyediaka­n pelbagai peluang pekerjaan menjamin masa depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia