Berita Harian

Lelaki cuba serang polis cedera ditembak

-

Lahad Datu: Seorang lelaki cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang panjang di kebun sawit dekat Kampung Betik di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, suspek warga asing berusia 36 tahun itu dikatakan membawa parang panjang di kawasan perumahan di Taman Sri Perdana di sini, menyebabka­n penduduk yang bimbang berlaku kejadian tidak diingini, segera memaklumka­n perkara itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk menjalanka­n pemeriksaa­n sebelum menemui suspek sambil memegang parang.

Menyedari kehadiran polis, suspek berdiri sambil memegang parang lalu melibas senjata itu ke arah polis pada jarak dua meter,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Nasri berkata, polis memberi amaran suspek membuang parang yang dipegangny­a, namun dia enggan dan melibas senjata itu kepada anggota polis.

“Bagi mempertaha­nkan diri dari bahaya dan kecederaan, anggota polis melepaskan satu das tembakan mengenai kaki kiri suspek,” katanya.

“Siasatan mendapati suspek terbabit dalam lima kes kejadian khianat iaitu memecahkan cermin rumah dan kereta di Taman Sri Perdana.

“Dia juga sering berkeliara­n di kawasan taman itu dengan membawa parang,” katanya sambil menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia