Berita Harian

DUGAAN ISTIQAMAH

Fouziah Gous sentiasa didik diri berubah ke arah lebih baik

- Oleh Hanisah Selamat

Pengalaman menunaikan ibadah haji, Ogos lalu meninggalk­an kesan yang mendalam buat pelakon dan pengacara jelita, Datin Fouziah Gous.

Banyak dugaan yang dilaluinya sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah, malah momen manis untuk mendapatka­n haji mabrur bagi Fouziah cukup bererti hingga setiap kali dipanggil hajah, ingatannya­akansegera­berputarme­ngingati segala kenangan di sana.

“Harap jangan salah anggap apabila saya selesa dipanggil hajah berbanding datin. Saya hargai segala pengiktira­fan dan amanah diberi, namun rasanya panggilan hajah itu lebih mesra dan manis.

“Selain lebih dekat, panggilan itu juga membuatkan saya terkenang segala pengalaman manis di sana. Ia juga membuatkan saya sentiasa rindu untuk kembali ke Tanahsuci,”katanya.

Isteri kepada Datuk Zhafran Md Yusof itu, biarpun kini tampil bertudung, dia tidak berhasrat memadam semua foto ketika belum berhijab di media sosial kerana menganggap, itu adalah dirinya yang dahulu.

Baginya, tiada keperluan dia berbuat demikian kerana sekalipun dipadamkan, ia masih boleh dicari orang ramai.

“Perkara yang lepas biarlah berlalu dan setiap orang ada sejarah hidupnya yang tersendiri. Saya suka pandang ke depan, namun yang pasti, saya sentiasa ingin berubah ke arah lebih baik.

“Saya jadikan pengalaman lalu sebagai peringatan supaya kita tidak mudah tersasar. Saya anggap semua ini sebagai ujian untuk saya istiqamah dan Allah Maha Pengampun. Lagipun, saya masih belajar,” katanya.

Jauhi prasangka

Mengenai permintaan segelintir artis berhijab yang berharap syarikat produksi tidak menyiarkan semula drama lakonan mereka, Fouziah berkata, dia tidak mempunyai hak berbuat demikian.

Pelakon yang popular menerusi drama Senafas Cinta itu berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya kerana naskhah yang dijayakann­ya itu membabitka­n banyak pihak lain.

“Tiada sebab untuk saya menghalang stesen televisyen menayangka­n semula drama lakonan saya. Seperti yang saya katakan, itu adalah diri saya yang dahulu, bukan sekarang.

“Saya harap, kita semua jauhkan diri daripada prasangka buruk antara satu sama lain,” kata pelakon yang mula dikenali menerusi drama Cinta Medik itu.

Tolak tawaran kerana anak

Dalam perkembang­an lain, Fouziah berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon sejak awal tahun ini disebabkan enggan menyusahka­n pihak lain.

Dia bagaimanap­un, yakin penerbit faham situasinya yang perlu menjaga dua permata hati, selain menguruska­n perniagaan sarang burung walet.

“Bukan menolak mentahment­ah kerana saya masih mahu berlakon, cuma kebanyakan tawaran adalah drama bersiri yang memerlukan komitmen panjang, selain terpaksa ke luar daerah.

“Jika saya rebut semua peluang yang datang, bimbang pula nanti mengganggu masa pelakon lain. Setakat ini, syarikat produksi faham. Memang rindu berlakon, tetapi mujur kerinduan itu dapat saya penuhi dengan membintang­i iklan komersial,” katanya.

Menerusi perkahwina­n dengan Zhafran, pemilik nama sebenar, Nor Fouziah Mohd Gous, 35, itu diserikan dua cahaya mata, Zeeshan Yusuf, 3, dan Zaheen Yusof, 1.

Teroka pasaran luar

Mengulas mengenai perniagaan­nya, Fouziah berkata, selepas tempoh lima tahun beroperasi, jenama minuman kesihatan itu cuba meneroka pasaran Asia Barat dengan bertapak di Lulu Supermarke­t Kuala Lumpur sebagai permulaan.

Katanya, rangkaian pasar raya dari Asia Barat itu menjadi platform untuk syarikatny­a memperluas­kan pasaran, sekali gus membawa jenama tempatan bersaing di peringkat antarabang­sa.

Pada masa sama, kata bekas pengacara Nona itu lagi, sebagai penghargaa­n kepada kakitangan yang bertungkus-lumus mengukuhka­n syarikat, seramai 20 orang akan dibawa mengerjaka­n umrah.

“Sebenarnya, perancanga­n meraikan petugas ke Tanah Suci Makkah sudah lama. Ikut perancanga­n kami akan bertolak bulan depan.

“Selain menjalani ibadah, diharap pemergian seluruh keluarga besar Fg Walet Bird Nest By fouziahgou­s mengeratka­n lagi semangat kekeluarga­an dan kerjasama kami,” katanya yang sekali lagi bakal ditemani suami tercinta.

Perkara yang lepas biarlah berlalu dan setiap orang ada sejarah hidupnya yang tersendiri. Saya suka pandang ke depan, namun yang pasti, saya sentiasa ingin berubah ke arah lebih baik” Fouziah Gous

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia