Berita Harian

Sarawak lapor SPRM ragu ahli Cabang Julau bertambah

-

Kuching: PKR Sarawak membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung pertambaha­n keahlian yang meragukan bagi Cabang Julau.

Ketua Komunikasi PKR Sarawak, Vernon Aji Kedit, berkata laporan itu dibuat selepas bantahan berhubung pertambaha­n keahlian yang luar biasa kepada PKR Pusat tidak mendapat jawapan meyakinkan.

PKR Cabang Julau dilaporkan mencatatka­n pertambaha­n seramai 13,178 ahli baharu dalam masa singkat.

“Kami mahu siasatan lanjut dijalankan SPRM bagi memastikan tiada unsur salah guna kuasa dalam kalangan pemimpin PKR memandangk­an pertambaha­n keahlian yang mencurigak­an.

“Siasatan perlu dilakukan SPRM supaya (pendaftara­n ahli baharu) dilakukan menggunaka­n saluran betul,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Sarawak, di sini, semalam.

Seramai 20 ketua cabang PKR di Sarawak turut membuat laporan mengenai bantahan terhadap isu berkenaan agar siasatan lanjut dijalankan.

Hantar akuan bersumpah

Sementara itu, Setiausaha PKR Sarawak, Nicholas Barwin, berkata PKR negeri sudah menghantar akuan bersumpah oleh Vernon pada 17 Oktober lalu berhubung bantahan mengenai keahlian Cabang Julau.

Bagaimanap­un, katanya, sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengenai perkara itu.

“Setiausaha Agung PKR gagal memberikan sebarang respon mengenai akuan bersumpah selain dua bantahan dibuat sebelum ini oleh Ketua PKR Julau, Semana Sawang dan saya bertarikh 18 Ogos dan 10 September lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia