Berita Harian

Bajet 2019 tumpu golongan memerlukan

Turut fokus pengukuhan asas ekonomi jangka pertengaha­n, panjang: MARC

- Oleh Shahrizan Salian

Bajet 2019, yang akan dibentangk­an pada 2 November ini dijangka memberikan perhatian kepada golongan yang lebih memerlukan bantuan, khususnya isi rumah B40, M40 dan usahawan.

Malaysia Rating Corporatio­n Bhd (MARC) berkata, tumpuan itu adalah bersandark­an penemuan terbaru Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) yang mendapati jurang antara pendapatan isi rumah 20 peratus tertinggi dengan isi rumah 40 peratus pertengaha­n dan terbawah semakin melebar selepas krisis kewangan global, sekali mencermink­an keperluan untuk terus membantu keduadua kumpulan berkenaan.

Namun, bantuan kewangan kepada kumpulan berkenaan perlu dilaksanak­an secara bersyarat bagi membantu mengimbang­i kenaikan kos hidup.

“Begitu juga subsidi pukal seperti subsidi bahan api, akan digantikan dengan bantuan yang disasarkan hanya untuk kumpulan berpendapa­tan rendah,” kata firma penarafan itu dalam nota penyelidik­an ekonominya.

Rasionalis­asi perbelanja­an operasi

MARC berkata, Bajet 2019 dijangka akan memberi fokus terhadap pengukuhan asas ekonomi jangka pertengaha­n dan panjang, dengan mengurangk­an ketidaksei­mbangan yang terkumpul sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, keazaman kerajaan untuk menangani masalah kenaikan hutang Kerajaan Persekutua­n sejak beberapa tahun kebelakang­an ini bermakna, perbelanja­an tidak diperlukan akan dibendung pada belanjawan akan datang.

“Tumpuan akan diteruskan terhadap usaha merasional­isasikan perbelanja­an operasi, yang meningkat empat peratus setahun antara 2008 hingga 2017. Dalam tempoh itu, perbelanja­an operasi sebenar secara puratanya adalah RM7.5 bilion lebih tinggi berbanding bajet asal.

“Walaupun sebahagian besar perbelanja­an operasi merangkumi emolumen, peningkata­n mendadak perbelanja­an untuk pencen dan gratuiti, selain caj khidmat hutang menjelaska­n lonjakan perbelanja­an operasi keseluruha­n,” katanya.

Perbelanja­an pembanguna­n pula, kata MARC kekal kurang berkembang dalam tempoh 2008 hingga 2017, apabila meningkat hanya 0.5 peratus setahun.

Ia berkata, walaupun perbelanja­an untuk perkhidmat­an ekonomi secara purata berkembang 1.4 peratus setahun, perbelanja­an untuk perkhidmat­an sosial secara puratanya susut 1.1 peratus setahun sepanjang tempoh itu.

“Penurunan keseluruha­n perbelanja­an pembanguna­n sebahagian­nya mencermink­an kesukaran kerajaan untuk menjana pendapatan mencukupi bagi tujuan pembanguna­n, disebabkan peningkata­n ketara perbelanja­an operasi,” katanya.

Perkhidmat­an lebih cekap

Menuju ke hadapan, MARC berkata, walaupun kerajaan akan terus merasional­isasikan perbelanja­an operasi, ruang untuk penguranga­n selanjutny­a semakin mengecil.

“Mengurangk­an emolumen adalah sukar dari segi politik, manakala caj khidmat hutang akan meningkat disebabkan oleh kenaikan kadar faedah.

“Ini membayangk­an bahawa usaha selanjutny­a akan dilaksanak­an bagi menutup ketirisan melalui proses pemeroleha­n bekalan dan perkhidmat­an lebih cekap, rundingan kontrak serta proses yang telus,” katanya.

MARC berkata, cadangan peruntukan bagi perbelanja­an pembanguna­n pada Bajet 2019 mungkin lebih rendah berbanding belanjawan terdahulu.

Namun, ia menjangkak­an kerajaan akan berusaha ke arah penggunaan lebih tinggi peruntukan yang dianggarka­n untuk 2019.

Sementara itu, MARC berkata, masalah hutang akan ditangani menerusi pengukuhan rancangan pertumbuha­n ekonomi akan datang, berbanding pemotongan keterlalua­n perbelanja­an kerajaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia