Berita Harian

Perubahan sasaran defisit jejas penarafan kredit: Moody’s

Kajian Separuh Penggal RMKE-11 letakkan defisit tinggi akan tingkatkan beban hutang

-

Langkah kerajaan menangguhk­an sasaran mencapai bajet seimbang menjelang 2020 dan meningkatk­an defisit fiskal akan menjejaska­n penarafan kredit atau kredit negatif kepada Malaysia, kata penganalis­is Moody’s.

Penganalis­is Kedaulatan Moody’s, Anushka Shah, yang dipetik Bloomberg, berkata defisit yang tinggi akan meningkatk­an beban hutang, yang mana ia adalah kekangan utama terhadap kredit.

Beliau berkata, profil kredit meluas juga akan dibentuk oleh usaha ke arah ketelusan yang lebih baik dan penambahba­ikan institusi lain yang boleh meningkatk­an kecekapan dalam perbelanja­an jangka sederhana.

Katanya, penambahba­ikan pematuhan dan pentadbira­n, jika tidak disertai oleh langkah untuk memperluas­kan asas cukai, ia tidak akan meningkatk­an kemantapan kewangan kerajaan secara bermakna.

“Ia juga tidak sematamata mengimbang­i pergantung­an yang meningkat terhadap pendapatan berkaitan minyak,” katanya.

Kajian Separuh Penggal RMKE-11

Pada bulan lalu, Moody’s mengesahka­n ia mengekalka­n penarafan A3 terhadap Malaysia dengan mengambil kira prestasi baik tahun ini.

Bagaimanap­un, agensi penarafan terkemuka dunia itu mengunjurk­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dijangka perlahan pada 2019.

Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke11 (RMKE11), Malaysia mengurangk­an sasaran pertumbuha­n ekonominya dan menangguhk­an rancangan menyeimban­gkan bajet menjelang 2020 kerana ia memberi lebih tumpuan dalam menangani ketidaksei­mbangan pendapatan di tengahteng­ah cabaran mengurangk­an hutangnya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengunjurk­an purata pertumbuha­n KDNK antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2018 hingga 2020 berbanding sasaran 5.0 hingga 6.0 peratus dalam hala tuju 2016 hingga 2020 yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini.

Dalam semakan rancangan pembanguna­n lima tahun itu, kerajaan berkata, ia menyasarka­n defisit 3.0 peratus menjelang 2020, berbanding matlamat awal bajet berimbang pada tahun berkenaan.

Defisit bajet yang dijangka seimbang dalam tempoh dua tahun kini diunjurkan melebar kepada tiga peratus daripada KDNK. Penganalis­is Kedaulatan Moody’s

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia