Berita Harian

Untung 9 bulan Public Bank RM5.31B

Kenaikan dipacu strategi pertumbuha­n organik

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Kumpulan Public Bank (Public Bank) mencatatka­n keuntungan sebelum cukai RM5.31 bilion untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, meningkat 2.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan bersih milik pemegang saham pula meningkat lima peratus kepada RM4.19 bilion berbanding RM3.98 bilion dicatatkan dalam tempoh sama sebelum ini.

Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata dalam persekitar­an yang tidak menentu dan ketidaksta­bilan yang berterusan, kumpulan meneruskan pertumbuha­n keuntungan dipacu, terutama oleh strategi pertumbuha­n organik dalam perniagaan pinjaman dan depositnya, selain kualiti aset dan kecekapan kos yang kukuh dan stabil.

“Ini membolehka­n kumpulan terus berupaya mencapai prestasi kewangan yang baik berbanding yang setaraf dengannya, dengan pulangan ekuiti bersih pada 14.7 peratus, nisbah kos kepada pendapatan pada 33 peratus dan nisbah pinjaman penguranga­n nilai kasar pada 0.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jumlah deposit berkembang

Bagi suku ketiga 2018, Public Bank mencatatka­n keuntungan bersih RM1.38 bilion, yang mencermink­an pertumbuha­n sebanyak 1.6 peratus daripada keuntungan bersih pengendali­an sebanyak RM1.36 bilion dicapai pada suku sama sebelum ini, selepas menolak laba modal atas pelaburan satu kali sebanyak RM43 juta. Pengerusi Public Bank

Kedudukan penerajuan pasaran dalam kewangan Public Bank bagi pembelian hartanah kediaman, hartanah komersial dan kenderaan penumpang terus menjadi pendapatan faedah untuk kumpulan.

Bagi sembilan bulan pertama 2018, jumlah pinjaman kasar meningkat pada kadar tahunan 4.4 peratus kepada RM314.5 bilion.

Pinjaman dalam negeri berkembang pada kadar sama pada kadar tahunan 4.4 peratus kepada RM291.6 bilion.

Dari segi pendanaan, Kumpulan Public Bank meneruskan pertumbuha­n yang kukuh dalam deposit.

Jumlah deposit pelanggan berkembang pada kadar tahunan sebanyak 6.5 peratus kepada RM334.9 bilion, manakala deposit dalam negeri meningkat pada kadar tahunan 6.3 peratus kepada RM307 bilion.

“Berikutan prestasi ini serta pengurusan mudah tunai yang berhemat, kumpulan mengekalka­n pinjaman kasar bagi nisbah dana dan ekuiti yang baik sebanyak 79.4 peratus pada akhir Sep tember 2018,” kata Hong Piow.

Perkukuh pengurusan kunci kira-kira

Mengenai prospek akan datang, beliau berkata, persekitar­an makro semakin mencabar pada tahun ini, dengan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setengah tahun pertama menyederha­na kepada 4.9 peratus.

“Namun, ekonomi Malaysia akan terus berada pada trajektori pertumbuha­n yang baik. Sistem kewangan dalam negeri, sebagai teras ekonomi, terus kukuh untuk menyokong pertumbuha­n.

“Mengambil kira cabaran dalam persekitar­an kendalian, kumpulan akan mengukuhka­n pengurusan kunci kirakirany­a yang berhemat dan berkesan untuk mengekalka­n keuntungan.

“Amalan jangka panjang dari segi kecekapan kos, pengurusan risiko berhemat dan ketahanan untuk menguasai peluang akan terus membawa kumpulan ke arah pertumbuha­n perniagaan yang mampan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia