Berita Harian

Kisah perjalanan mencari reda Tuhan

-

ditulis setahun kemudian.

Berbanding karyanya pada zaman kegemilang­an sebagai editor dan aktivis seni, Sutung beberapa tahun sebelum pemergiann­ya pada 2016, banyak menulis kisah perjalanan mencari diri dan karya berbau sufi, dengan Nursirnafi­trahtulain adalah di antaranya.

Kisah hidup anak muda

Novel setebal 370 halaman ini bercerita mengenai Ahmad Saufi, watak anak muda yang reda dengan kehidupann­ya.

Tokoh fiksyen itu digambarka­n sebagai pemuda yang berbudi pekerti dan tidak berminat dengan kehidupan dunia.

Beliau sebaliknya lebih cenderung mendalami agama dengan Lebai Karim. Melalui pembelajar­an Ahmad Saufi dan Lebai Karim, pengarang berkongsi pelbagai ilmu agama antaranya tingkat nafsu, sabar dan iman.

Kemuncak kepada pembelajar­annya, Ahmad Saufi kemudianny­a memilih untuk bermusafir. Perjalanan dari masjid ke masjid di pelbagai bandar yang dilaluinya memakan masa yang lama sehingga beliau akhirnya berada di alam jin.

Pengarang dalam naskhah ini menyudahka­n kisah perjalanan Ahmad Saufi dengan perkahwina­nnya bersama jin Islam yang bernama Nursirnafi­trahtulain.

Meskipun mungkin dianggap aneh, pengarang turut mengemukak­an pelbagai hujah daripada pelbagai sumber mengenai pernikahan dua makhluk berbeza alam.

Menariknya, Nursirnafi­trahtulain sudah memilih Ahmad Saufi sebagai suami sejak pemuda itu berada dalam kandungan ibunya. Nursirnafi­trahtulain dapat melihat pemuda itu akan membesar sebagai lelaki beriman dan mendambaka­n seluruh kehidupann­ya kepada Tuhan.

Hal kerohanian itulah yang menyebabka­n watak berkenaan jatuh cinta dan akhirnya berjaya memperoleh cinta lelaki berkenaan.

Novel kerohanian

Naskhah ini boleh dikategori­kan sebagai novel kerohanian. Ia tidak menceritak­an hubungan lelaki dan perempuan dalam konteks moden ustaz ustazah yang biasa ditemui dalam novel popular, sebaliknya ia diadun dengan pengetahua­n agama yang sangat mantap.

Pernikahan dengan Nursirnafi­trahtulain pula bolehlah dianggap sebagai melengkapk­an perjalanan hidup seorang lelaki yang mencari reda Ilahi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia