Berita Harian

KABINET TERIMA TAWARAN BAHARU MMC-GAMUDA, KOS DIJIMAT RM8.82B

Kos projek dikurangka­n RM8.82 bilion

- Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Kabinet semalam bersetuju supaya kerja bawah tanah bagi Projek Tren Transit Aliran Massa 2 (MRT 2) bagi laluan Sungai Buloh-serdang-putrajaya (SSP) diteruskan dengan kos baharu yang dipersetuj­ui Kementeria­n Kewangan dan Mmc-gamuda.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata susulan persetujua­n itu, keputusan untuk menamatkan kontrak kerja bawah tanah yang dikeluarka­n sebelum ini ditarik balik.

Beliau berkata, Mmc-gamuda akan meneruskan projek berkenaan dengan kos baharu RM13.11 bilion iaitu penguranga­n RM3.6 bilion atau 21.5 peratus berbanding kos asal sebanyak RM16.71 bilion.

“Rundingan terakhir bersama Kementeria­n Kewangan yang dipengerus­ikan Menteri Kewangan pada 22 Oktober lalu dan tawaran baharu dengan penurunan kos RM3.6 billion bagi kerja bawah tanah dipersetuj­ui pihak syarikat dan kementeria­n.

“Berikutan persetujua­n itu, Kabinet menerima dan meluluskan tawaran terkini daripada Mmc-gamuda pada pagi ini (semalam). Secara keseluruha­n, kos MRT dapat dikurangka­n RM8.82 bilion daripada RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n, semalam.

Guan Eng berkata, kerajaan sentiasa berusaha mendapatka­n ‘nilai penjimatan’ untuk semua perbelanja­an kerajaan, terutama apabila sesuatu projek itu membabitka­n pinjaman besar.

Kurangkan kadar tambang

Beliau berkata, penjimatan kos pembinaan projek itu, sekali gus mengurangk­an kadar tambang pengguna MRT pada masa depan, sekali gus meningkatk­an penggunaan pengangkut­an awam dalam kalangan penduduk Lembah Klang.

Katanya, mesyuarat Kabinet semalam turut bersetuju bilangan stesen atas tanah MRT 2 dikekalkan kecuali dua stesen bawah tanah iaitu Bandar Malaysia (Utara) dan Bandar Malaysia (Selatan) ditangguhk­an.

Sebelum ini, Mmc-gamuda bersetuju mengurangk­an kos sebanyak RM5.22 bilion bagi kerja atas tanah dan ia diterima Kementeria­n Kewangan.

Bagaimanap­un, Kementeria­n Kewangan tidak bersetuju dengan tawaran dikenakan Mmcgamuda untuk mengurangk­an kos kerja bawah tanah RM2.13 bilion sebelum kementeria­n memutuskan kontrak kerja bawah tanah ditamatkan.

Justeru, Kabinet memutuskan kontrak kerja bawah tanah bernilai RM16.71 bilion ditamatkan dan kerja yang belum siap ditender semula kerana keduadua pihak gagal mencapai persetujua­n serta penyelesai­an untuk kos kerja bawah tanah.

Susulan keputusan itu, Kabinet bersetuju melakukan rundingan semula atas rayuan Mmc-gamuda.

Sementara itu, Gamuda dalam kenyataann­ya kepada Bursa Malaysia, berkata Kabinet menerima tawaran baharu Mmc-gamuda, yang mana baki kerja merangkumi bawah dan atas tanah akan diteruskan.

 ??  ?? Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia