Berita Harian

31 Oktober permohonan pindah kes

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi menetapkan pada 31 Oktober ini bagi mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memindahka­n 21 tuduhan pengubahan wang haram dihadapiny­a, ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed mewakili Najib ketika ditemui, selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Raja Shahril Anuar Raja Baniamin, semalam, berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Wan Aizuddin berkata, pendakwaan tidak membantah permohonan Najib berdasarka­n afidavit jawapan.

Najib yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen pada 20 September lalu, mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan salah guna kedudukan dan 21 tuduhan membabitka­n diri dalam aktiviti penggubaha­n wang haram berjumlah RM2.3 bilion.

Didakwa guna kedudukan dapatkan rasuah

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa atas empat tuduhan sebagai Pegawai Badan Awam iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), menggunaka­n kedudukann­ya bagi mendapatka­n rasuah bagi dirinya sendiri.

Bagi semua kesalahan itu, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan, atau RM10,000 mengikut manamana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi 21 pertuduhan lagi, Najib didakwa membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahka­n dan membuat pembayaran hasil daripada aktiviti haram.

Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia