Berita Harian

Rosmah, anak beri keterangan hampir 3 jam kes 1MDB

-

Kuala Lumpur: Datin Seri Rosmah Mansor, dijangka dipanggil lagi untuk memberi keterangan berhubung barangan yang dirampas polis daripada hartanah yang dikaitkan dengan suaminya selepas tiga jam memberi keterangan semalam.

Sumber berkata, isteri bekas Perdana Menteri itu juga akan diminta memberi keterangan lanjut berkaitan kes penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Semalam, Rosmah bersama dua anaknya, Riza Aziz dan Norashman Najib, memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau sebelum ini dijadual memberi keterangan berkenaan pemilikan dan pembelian barangan kemas yang dirampas di hartanah berkaitan Najib pada Mei lalu dan 1MDB kepada pasukan itu, kelmarin namun ditangguhk­an ke semalam.

Kali pertama disiasat berhubung 1MDB

Ini adalah kali pertama Rosmah dipanggil oleh pasukan itu berhubung siasatan 1MDB.

Rosmah dan anaknya dilihat meninggalk­an pejabat pasukan itu di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, pada jam 1.08 tengah hari selepas hampir tiga jam memberi keterangan.

Mereka terlebih dahulu tiba di bangunan itu pada jam 9.45 pagi, dengan ditemani dua peguam.

Pada 4 Oktober lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya berkemungk­inan memanggil Rosmah bagi mengambil keterangan membabitka­n pelbagai kes, termasuk 1MDB.

Pada Jun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, mendedahka­n nilai barangan kemas yang dirampas mencecah RM440 juta.

Ia termasuk 1,400 utas rantai; 2,200 bentuk cincin; 2,100 bentuk gelang; 2,800 pasang subang; 1,600 bentuk kerongsang dan 14 tiara.

Selain itu, polis juga merampas 567 beg tangan bernilai lebih RM51.3 juta, 423 jam dan 234 cermin mata hitam, masingmasi­ng bernilai RM79 juta dan RM374,000.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI / BH ] ?? Riza dan Ashman tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, semalam.
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI / BH ] Riza dan Ashman tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia