Berita Harian

KBS buka peluang pekerjaan untuk atlet

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) bakal memperkena­lkan dua inisiatif iaitu membuka peluang pekerjaan dan program perlindung­an kesihatan kepada atlet negara dijangka tahun depan.

Timbalan Menterinya, Steven Sim, berkata KBS sedang melakukan projek perintis dengan 10 syarikat swasta menawarkan pekerjaan kepada atlet di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).

“Syarikat swasta terpilih itu adalah organisasi besar, contohnya dalam bidang perbankan, teknologi maklumat dan automotif. Tempoh masa berkerja mereka mungkin dari 10 hingga 15 jam, namun butiran lanjut mengenai masa, elaun atau gaji masih diperhalus­i.

“Contohnya bagi sukan badminton, kebanyakan mereka menjalani latihan tiga hingga enam jam sehari, ini bermakna selepas latihan mereka ada masa dan boleh berkerja,” katanya selepas meninjau latihan atlet badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, semalam.

Prihatin masa depan atlet

Sim berkata, kementeria­n sangat prihatin dengan masa depan atlet negara supaya kehidupan mereka selepas bersara masih terjamin.

“Kita tidak mahu atlet berada dalam dilema. Apabila turun di lapangan menjalani latihan atau menyertai kejohanan, tidak timbul kerisauan mengenai nasib mereka selepas bersara nanti. Kerajaan sedang membantu atlet dan perkembang­an mereka, bukan meraih pingat emas semata-mata,” katanya.

Sim berkata, menerusi MSN juga, inisiatif perlindung­an kesihatan diperluask­an kepada atlet dan bekas atlet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia