Berita Harian

Kekurangan hospital pakar perlu diberi perhatian

Doktor pelatih terpaksa tunggu hingga setahun dapat tempat latihan

- Oleh Saadiah Ismail dan Syanty Octavia Amry

Kekurangan hospital bertaraf pakar perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan menjelang Bajet 2019, dalam usaha menyelesai­kan isu lambakan bakal doktor pelatih di negara ini.

Naib Presiden I-medik, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar, berkata situasi itu menyebabka­n ramai bakal doktor pelatih terpaksa menunggu tempoh kekosongan di antara enam bulan hingga setahun, sebelum dipanggil bertugas.

Katanya, walaupun di negara ini mempunyai kira-kira 139 hospital, ia tidak mencapai taraf pakar untuk membolehka­n doktor pelatih mendapatka­n latihan.

Terpaksa buat kerja sambilan

“Ada pelajar yang terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan, sebelum mereka dipanggil untuk bertugas mengikut giliran.

“Jadi, saya harap perkara ini dapat diteliti oleh kerajaan,” katanya, ketika ditemui.

Dr Rafidah berkata, cadangan kerajaan untuk memberikan insurans kepada rakyat B40 harus diteliti semula, supaya ia benarbenar dapat dimanfaatk­an.

Katanya, kerajaan perlu menyediaka­n garis panduan dan tahu berapa purata rakyat ke hospital dalam setahun, jumlah peruntukan dan mengambil kira segala aspek berkaitan sebelum ia dilaksanak­an.

“Pada masa sama, saya juga berharap kerajaan meneruskan subsidi perubatan kepada rakyat, memandangk­an perkhidmat­an kesihatan kita antara terbaik di dunia,” katanya.

Menyentuh mengenai kenaikan harga ubatan beliau berkata, keadaan itu menyebabka­n masyarakat beralih daripada perkhidmat­an hospital swasta kepada kerajaan, sekali gus menambah beban kepada kakitangan kerajaan.

“Bajet yang mencukupi perlu untuk perkhidmat­an kesihatan awam supaya masyarakat mendapat yang terbaik, sekali gus mengelak daripada mewujudkan rakyat tidak produktif disebabkan penyakit kronik.

“Pelaburan kepada sektor kesihatan awam ini penting kerana ia dapat menjimatka­n perbelanja­an negara dalam jangka panjang, seperti yang dilakukan oleh negara maju,” katanya.

Beliau turut berharap kerajaan dapat menambah sistem hospital kluster kerana ia membantu mengurangk­an beban hospital daerah.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kekurangan hospital pakar perlu diberi perhatian dalam Bajet 2019.
[FOTO HIASAN] Kekurangan hospital pakar perlu diberi perhatian dalam Bajet 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia