Berita Harian

Saman Hasanah dakwa tak dapat temui peguam ditolak

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam, menolak saman bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid berhubung dakwaan tidak diberi akses dan berunding dengan peguam ketika ditahan reman.

Saman pemula itu difailkan Hasanah dengan menamakan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia selaku responden.

Hakim Datuk Nordin Hassan menolak saman Hasanah selepas memutuskan bahawa Seksyen 28A (8) dan (9) Kanun Acara Jenayah (KAJ) membabitka­n hak individu yang ditahan, adalah undang-undang sah.

Nordin berkata, kedua-dua peruntukan itu tidak bercanggah Artikel 5(3) (kebebasan diri) dan 8 (hak kesamarata­an) Perlembaga­an Persekutua­n.

Peruntukan KAJ terpakai kepada semua individu

Hakim itu berkata, kedua-dua peruntukan KAJ terpakai kepada semua individu yang ditahan dan ia adalah undang-undang yang baik.

Beliau berkata, penghakima­n Mahkamah Persekutua­n memutuskan bahawa hak untuk mendapatka­n peguam tidak seharusnya diberikan jika ia boleh menjejaska­n siasatan polis.

Katanya, hak itu disahkan oleh satu lagi penghakima­n mahkamah sama, yang memutuskan hak berkenaan bermula selepas ditahan, bagaimanap­un bukan diberikan serta merta selepas itu.

“Tidak ada penghakima­n lain oleh mahkamah tertinggi berhubung isu sama, selain dua kes ini. Saya tidak ada alasan untuk menyimpang daripada alasan mahkamah itu,” katanya.

Peguam Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah ketika ditemui selepas prosiding, berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam prosiding itu, Peguam Kanan Persekutua­n Norzilati Izhani Zainal@zainol bertindak bagi pihak SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Tidak ada penghakima­n lain oleh mahkamah tertinggi berhubung isu sama, selain dua kes ini. Saya tidak ada alasan untuk menyimpang daripada alasan mahkamah itu” Nordin Hassan, Hakim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia