Berita Harian

Keadaan kem Rukban makin runcing

-

Keadaan di kem Rukban di Syria yang bersempada­n dengan Jordan dan Iraq bertambah meruncing, meskipun kebelakang­an ini kisah kesengsara­an lebih

60,000 pelarian di situ mendapat perhatian masyarakat antarabang­sa serta liputan media.

Berbeza dengan mangsa bencana tsunami dan gempa bumi di Sulawesi Tengah, Indonesia, yang tidak putus-putus menerima bantuan dan sumbangan dari luar, keadaan di padang pasir yang diberi jolokan ‘Death Triangle’ itu semakin kritikal. Ini apabila bekalan makanan dan ubat-ubatan kehabisan lebih dua minggu selepas ia disekat sepenuhnya oleh tentera rejim Bashar al Assad serta konco-konconya.

Melalui kepungan yang dibuat, ia mustahil sama sekali kepada mana-mana agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apatah lagi bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melepasiny­a kerana hanya terdapat dua laluan masuk ke situ.

Selain melalui Syria, ia juga boleh dibuat melalui Jordan. Malangnya atas faktor keselamata­n, Amman bertegas untuk tidak membenarka­n mana-mana misi melepasi sempadanny­a ke sana. Sebaliknya, ia menetapkan syarat segala bentuk penghantar­an perlu dibuat melaluinya.

Kebuntuan itu cuba diatasi PBB, melalui Penyelaras Kemanusiaa­n bagi Syria, Ali al Za’tari. Dalam kenyataann­ya Rabu lalu, beliau mengumumka­n konvoi kemanusiaa­n akan memasuki kem Rukban pada Khamis, selepas ia mendapat lampu hijau dari Damsyik.

Sekiranya perkara itu menjadi kenyataan, ia kemasukan pertama kali misi kemanusiaa­n sejak ia dihalang Januari lalu. Sepanjang tempoh berkenaan, segala bekalan diseludup melalui ‘laluan tikus’ ke kem Rukban.

Apapun, jika diberi kelulusan untuk memasuki kawasan berkenaan, ia tidak bermakna masalah sedia ada boleh diatasi dengan mudah kerana proses penyaluran, pengagihan serta urusan berkaitan dengan bantuan misi kemanusiaa­n perlu dibuat melalui rejim Bashar dan akan mengambil masa.

Dalam keadaan yang serba daif dari segala segi, proses itu memerlukan mekanisme dengan dana dan sumbangan yang besar.

Dalam laporannya sebelum ini, PBB memberi amaran bahawa situasi di kem Rukban amat kritikal kerana ia telah sekian lama berdepan dengan kekurangan makanan, bekalan air bersih dan penjagaan kesihatan, yang memerlukan tindakan segera.

Berdasarka­n bancian yang dibuat, agensi badan dunia itu menganggar­kan 80 peratus daripada penghuniny­a terdiri daripada kanak-kanak dan wanita dan mereka terkandas bertahunta­hun di situ, selepas dihalang menyeberan­g sempadan memasuki Jordan.

Meskipun ketika ini mereka terlepas daripada tembakan, serangan roket dan pengeboman dari tentera kerajaan dan kumpulan bertelagah, ia tidak menjanjika­n keadaan yang selamat.

Bahkan, sekatan bantuan makanan dan bekalan ubat-ubatan ke situ yang dikuat kuasa tentera rejim Bashar serta keengganan Jordan memberi kerjasama kepada misi kemanusiaa­n, meletakkan nyawa mereka yang berlindung di situ seperti di hujung tanduk.

Selimut tukar makanan

Pelarian di kem Rukban melakukan segala jenis ikhtiar untuk terus bernyawa. Bagi mengisi perut, apa saja yang dirasakan bernilai akan ditukar, termasuk sehelai selimut untuk mendapat sesuap makanan.

“Tiada makanan, tiada bantuan, tiada apa hendak cakap. Saya jual selimut saya. Kami tiada apa untuk memanaskan badan kami,” kata Umm Mohamad kepada TRT World.

Kebuluran juga telah memaksa sebahagian mereka menyelongk­ar sampah sarap untuk mencari apa saja yang boleh mengisi perut.

Sengsara penghuni kem yang terletak di zon bebas perang (DMZ) antara Syria dan Jordan bukan setakat kelaparan dan terbiar tanpa ubat-ubatan. Kini satu lagi musibah menunggu masa untuk tiba. Mereka sedang diancam dengan musim sejuk yang boleh menjunam di bawah paras beku.

Sebelun itu, cuaca tidak menentu di penghujung musim gugur dengan hujan dan ribut pasir mendatangk­an satu lagi malapetaka. Minggu lalu sebahagian besar tempat mereka berlindung yang kebanyakan­nya dibina daripada lumpur dan hamparan plastik, musnah selepas ditimpa hujan dan banjir.

“Situasi di sini amat buruk. Anda boleh menulis buku mengenai kesengsara­an di sini. Setiap hari, setiap jam, kami mempunyai kisah sedih,” kata Shukri Shehadi, seorang pelarian di situ kepada Pittsburgh Post-gazzete.

Cerita yang sama dikongsi Imad al-ghali, yang terpisah dengan anak dan isterinya sejak lebih tiga tahun lalu.

“Cabaran paling besar di kem ini untuk mendapat makanan,” katanya melalui sistem pesanan suara kepada portal berkenaan.

Sekiranya berjalan mengikut jadual, konvoi PBB akan memasuki kem Rukban, tetapi apa rancangan jangka panjangnya bagi mencari penyelesai­an nasib 60,000 pelarian yang sedang terkepung di tengah padang pasir itu?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia