Berita Harian

Pemuda tak mahu imej UMNO tercalar

-

Kuala Lumpur: Pemuda UMNO tidak mahu imej parti tercalar dengan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah yang dihadapi Presidenny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jika beliau enggan bercuti.

EXCO Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan, berkata jika Ahmad Zahid masih ‘berdegil’, tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu hanya akan memudaratk­an UMNO di mata rakyat.

“Pemuda UMNO beranggapa­n ‘kecederaan’ yang berlaku kepada Presiden seharusnya memerlukan beliau berehat seketika.

“UMNO akan hilang fokus dan hala tuju akibat asyik mempertaha­nkan serangan fitnah tanpa ada apa-apa gerakan memulihkan kepercayaa­n rakyat kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Pemuda UMNO menggesa Ahmad Zahid mempertimb­ang supaya bercuti dan berehat buat seketika daripada menjalanka­n tugas Presiden parti sehingga kesnya selesai di mahkamah.

Gesaan dibuat Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki itu kerana mahu memberi peluang Ahmad Zahid menumpukan usaha membersihk­an namanya di mahkamah.

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein mengingatk­an kepemimpin­an UMNO dan akar umbi, hanya MKT berhak membuat keputusan menyentuh dasar serta hala tuju parti itu, termasuk kedudukan Presiden.

“Saya sudah kata sebelum ini, kita ada cara dalam parti. Berbincang­lah pada peringkat tertinggi iaitu MKT. Pendirian (meminta Ahmad Zahid bercuti dan berehat sementara daripada menjalanka­n tugas Presiden) hanya diputuskan Pemuda UMNO.

Keputusan di bahu MKT

“Keputusan dan hala tuju parti berada di tangan dan bahu MKT,” katanya kepada NSTP, semalam.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, pihaknya tidak senada dengan Pemuda UMNO, sebaliknya kekal bersolidar­iti dan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO itu berdepan pelbagai dugaan dari dalam dan luar parti.

Beliau berkata, Puteri UMNO memahami cabaran dihadapi sebagai Ketua Pembangkan­g dan yakin Ahmad Zahid mempunyai kebijaksan­aan menentukan pendiriann­ya.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad pula meminta ahli UMNO bertenang dan terus istiqamah bersama parti dalam perjuangan memenangi semula keyakinan rakyat.

Pada masa sama, katanya, semua ahli juga mesti positif dan bersikap rasional dalam sebarang keadaan termasuk memberi layanan adil sejajar prinsip ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’ kepada Ahmad Zahid.

“Fokus kita ke arah memulih dan memperkasa­kan semula parti tidak boleh terjejas atau teralih susulan penangkapa­n serta pendakwaan ke atas Presiden parti.

Jadi, semua pihak harus menunjukka­n solidariti di saat UMNO dan pemimpinny­a sedang diuji,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia