Berita Harian

‘Saya tidak akan undur’

Presiden UMNO mahu terus galas mandat sehingga kes selesai

- Oleh Helmy Abd Rahman dan Baharom Bakar

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan berundur daripada menjalanka­n tugasnya sebagai Presiden UMNO sehingga kesnya di mahkamah selesai.

Sebaliknya, beliau mengambil keputusan untuk terus menggalas kepemimpin­an UMNO bersama barisan kepemimpin­an yang ada sekarang.

“Mengalah bukan satu opsyen...saya mengambil keputusan untuk terus menggalas kepimpinan UMNO bersama-sama Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan), naib presiden, Setiausaha Agung (Tan Sri Annuar Musa) serta kepemimpin­an sayap.

“Apabila ada cadangan untuk saya bercuti atau dalam erti kata lain berundur, saya tidak menganggap ia satu opsyen.

“Mandat ini akan saya lakukan sehingga tamat penggal pemilihan kerana pemilihan jawatan dalam parti ditentukan Perhimpuna­n Agung (UMNO), bukannya disebabkan cadangan atau lain-lain yang tidak mengikut perlembaga­an dan peraturan parti,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan ahli akar umbi UMNO negeri di Bangunan UMNO Kuala Terengganu di sini, semalam.

Yang hadir sama Mohamad, Annuar, Naib Presiden; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid serta barisan kepemimpin­an UMNO Terengganu.

Pemuda UMNO dilaporkan menggesa Ahmad Zahid bercuti dan berehat buat seketika daripada menjalanka­n tugas sebagai Presiden parti sehingga kesnya selesai di mahkamah.

Tumpu usaha bersih nama

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gesaan itu untuk memberi peluang Ahmad Zahid yang berdepan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah menumpukan usaha membersihk­an nama di mahkamah.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, ketika mengambil keputusan menawarkan diri sebagai presiden parti pembangkan­g, beliau sudah maklum mengenai pelbagai dugaan berat bakal dihadapi.

Katanya, beliau sedar pendakwaan terpilih akan berlaku kepada mana-mana pemimpin UMNO atau sesiapa yang menjadi pemimpin dan diketahui umum pendakwaan terpilih ini berbaur politik.

“Saya sudah menjangka banyak dugaan. Saya sedar berdepan satu kuasa yang ‘hostile’ (bermusuhan) dan bertindak dalam bentuk mala fide, saya terpaksa membayar harga terhadap keputusan yang saya ambil.

“Saya reda, tetapi apabila ada cadangan untuk saya bercuti atau dalam erti kata lain berundur, saya tidak menganggap­nya satu pilihan,” katanya.

 ?? [FOTO ROZAINAH ZAKARIA /BH] ?? Ahmad Zahid bersama barisan pemimpin kanan pada perjumpaan khas bersama kepemimpin­an tertinggi UMNO negeri di Bangunan UMNO Kuala Terengganu.
[FOTO ROZAINAH ZAKARIA /BH] Ahmad Zahid bersama barisan pemimpin kanan pada perjumpaan khas bersama kepemimpin­an tertinggi UMNO negeri di Bangunan UMNO Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia