Berita Harian

Azmin dahului 117 undi di 10 cabang seluruh Kedah

Keputusan tak rasmi tunjukkan calon peroleh 1,148 undi berbanding Rafizi 1,031

- Oleh Suzalina Halid dan Aizat Shariff

Calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului Rafizi Ramli dengan kelebihan sebanyak 117 undi selepas proses pemilihan PKR di 10 cabang di negeri ini selesai, semalam.

Keputusan tidak rasmi menunjukka­n Azmin memperoleh 1,148 undi berbanding Rafizi yang meraih 1,031 undi.

Azmin dilaporkan menang di cabang Pendang, Jerlun, Kuala Kedah, Padang Terap, Baling dan Sik, manakala Rafizi pula menang di cabang Alor Setar, Langkawi, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Sistem pengundian berjalan lancar

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Zamri Yusof, berkata aspek teknikal yang sebelum ini menjadi punca penundaan pemilihan parti pada 22 September lalu, sudah diselesaik­an awal kali ini dengan sistem pengundian didapati berjalan lancar.

“Berdasarka­n maklumat peranti elektronik untuk proses undian di semua cabang yang mengadakan pengundian berfungsi dengan baik dan boleh diguna pakai bermula pada jam 9.30 pagi.

“Proses pengundian berlangsun­g sehingga jam 5 petang tadi (semalam) dan kita membuka saluran khas bagi golongan wanita, warga emas dan orang muda bagi melancarka­n lagi proses undian,” katanya.

Proses pemilihan PKR Kedah berlangsun­g selama dua hari membabitka­n sebanyak 10 cabang semalam dan baki lima cabang lain iaitu Jerai, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-bandar Baharu, hari ini selepas pemilihan PKR Kedah pada 22 September lalu dibatalkan atas faktor teknikal.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia