Berita Harian

Turut diyakini menang di Perak

-

Ipoh: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diakui calon pilihan untuk mempertaha­nkan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu di Perak, hari ini.

Ketua Penerangan PKR Perak yang juga calon Ketua Cabang Tapah, Siti Aishah Shaik Ismail, berkata ahli PKR pasti menjadikan kemesraan Mohamed Azmin sebelum ini sebagai perkara asas untuk mereka menilai dan membuat pilihan pada pemilihan itu.

“Jasa dan sikap keterbukaa­n dipamerkan Mohamed Azmin Ali tidak dilupakan anggota yang akan membuat pilihan.

“Kebanyakan mereka menyatakan ia bukan saja kerana sikap mesra dipamerkan tokoh pemimpin ini, malah kecemerlan­gan beliau dalam pentadbira­n dan pengurusan yang baik menjadikan Mohamed Azmin sebagai calon pilihan bagi Perak,” katanya dalam kenyataan di sini, malam kelmarin.

Pemilihan paling sengit

Siti Aishah berkata, pemilihan kali ini paling sengit selepas terbentukn­ya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, pemilihan di Perak juga menjadi tumpuan kerana ia yang sepatutnya diadakan awal bulan ini terpaksa ditangguhk­an hari ini dengan bilangan undi diperoleh setiap calon bertanding di negeri lain sudah mengadakan pemilihan dilihat semakin sengit.

Sementara itu, lima cabang PKR Perak dijangka berdepan saingan sengit membabitka­n pertanding­an tiga dan empat penjuru pada pemilihan parti hari ini.

Antara cabang dijangka panas adalah Bagan Serai dan Lumut membabitka­n pertanding­an empat penjuru bagi jawatan ketua cabang, selain cabang Tambun, Ipoh Barat dan Pasir Salak yang turut berdepan saingan sengit tiga penjuru, masing-masing membabitka­n penyandang yang akan dicabar calon lain.

Turut dijangka menjadi perhatian adalah perebutan jawatan Ketua Cabang Tapah membabitka­n Siti Aishah yang juga Ketua Srikandi PKR dan Ketua Penerangan PKR Perak, menawarkan diri mengisi jawatan itu membabitka­n pertanding­an satu lawan satu dengan Mohd Zubir Nor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia