Berita Harian

Sabah jamin proses pemilihan aman

-

Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah memberi jaminan pemilihan parti itu di negeri ini yang dijadualka­n awal bulan depan berlangsun­g dalam keadaan aman.

Pengerusin­ya, Datuk Christina Liew, berkata ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi di mana ahli perlu memilih pemimpinny­a setiap tiga tahun sekali.

“Setakat ini, kita dalam keadaan aman dan kita anggap ini sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dijalani setiap tiga tahun.

Persaingan sukar

“Sudah tentu persaingan sedikit sukar tetapi tiada persaingan, tiadalah penambahba­ikan. Saya tidak fikir di peringkat cabang kita ada masalah seperti di tempat lain dan saya lihat cabang kita dalam keadaan aman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai situasi terkini pemilihan PKR di Sabah selepas melancarka­n perkhidmat­an Pemandu Pelancong ASK Mi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam.

Katanya, tahun ini pemilihan undi dilaksanak­an secara di atas talian menggunaka­n sistem e-undi dan ia adalah perkara baharu bukan saja di peringkat Pusat, malah di Sabah.

“Kami semua perlu belajar melaksanak­an sistem e-undi untuk pemilihan kali ini dan ia sangat mudah,” katanya.

Ditanya berhubung harapan PKR Sabah untuk memastikan ada wakil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dari Sabah, Liew berkata, ia terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi parti.

Kira-kira 140,000 ahli PKR di Sabah layak mengundi dalam pemilihan parti itu pada 3 dan 4 November ini.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] ?? Liew (tengah) bersama kakitangan yang memperagak­an pakaian pembantu pelancong selepas melancarka­n perkhidmat­an Pemandu Pelancong ASK Mi di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] Liew (tengah) bersama kakitangan yang memperagak­an pakaian pembantu pelancong selepas melancarka­n perkhidmat­an Pemandu Pelancong ASK Mi di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia