Berita Harian

SAC polis peras koperal

Pegawai bergelar datuk direman lima hari

- Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Seorang pegawai kanan polis bergelar Datuk direman lima hari bermula semalam, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitka­n lebih RM100,000.

Perintah reman terhadap suspek berusia 56 tahun itu dikeluarka­n Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dorongan tak ambil tindakan terhadap pesalah

Sumber berkata, pegawai kanan berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, disyaki meminta dan menerima wang rasuah antara Ogos 2017 hingga Ogos lalu, sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal yang mengambil upah dalam urusan penguranga­n saman dan kesalahan trafik.

Katanya, kesalahan itu dipercayai dilakukan di Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Suspek ditahan pada jam 7.10 malam semalam (kelmarin) di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini, selepas hadir memberi keterangan.

“Penahanan suspek dilakukan susulan operasi SPRM yang dilaksanak­an pada 3 September lalu,” katanya.

Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut yang mana lebih tinggi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n perkara berkenaan.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] ?? Pegawai kanan polis bergelar datuk dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] Pegawai kanan polis bergelar datuk dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia