Berita Harian

Tambah baik industri getah

-

Shah Alam: Kerajaan digesa memberi tumpuan kepada penambahba­ikan pembanguna­n industri getah, berbanding menggantik­annya dengan tanaman lain yang dikatakan lebih berdaya saing.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebunpek­ebun Kecil Malaysia (PKPKM), Datuk Aliasak Ambia, berkata Malaysia mempunyai pusat penyelidik­an getah terbaik dunia, iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan seharusnya dimanfaatk­an bagi menangani permasalah­an yang berlaku seperti produktivi­ti, penggunaan teknologi, pengurusan tanah serta isu harga.

Beliau berkata, meskipun negara menyasarka­n pengeluara­n getah pada kadar 2.5 tan bagi setiap hektar setahun, namun di peringkat estet hanya mampu menghasilk­an kira-kira 1.8 tan setiap hektar setahun.

Jurang sasaran, pengeluara­n getah

“Ini menunjukka­n jurang perbezaan antara sasaran dan pengeluara­n sebenar getah dan ia perlu diteliti secara serius oleh kerajaan.

“Selain itu, institut penyelidik­an dan pembanguna­n industri getah di Malaysia sudah menghasilk­an pelbagai jenis teknologi, tetapi hanya digunakan pada peringkat estet dan syarikat besar.

“Dalam kalangan pekebun kecil pula sangat rendah walhal mereka penyumbang terbesar pengeluara­n getah beku negara,” katanya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia