Berita Harian

6 kesalahan Anwar di PRK Port Dickson

-

Kuala Lumpur: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) merekodkan 10 pelbagai kesalahan dan salah laku, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan 10 kes direkodkan membabitka­n Pakatan Harapan (PH) dan PAS.

Pengarah Eksekutif Jawatankua­sa Pemandu BERSIH 2.0, Yap Swee Seng, berkata kesalahan itu dikesan hasil pemantauan hari pencalonan, kempen pilihan raya, pengundian awal, hari mengundi dan proses pengundian undi semasa pilihan raya kecil itu.

Katanya, daripada 10 isu berkenaan sebanyak enam kes membabitka­n calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala empat kesalahan dilakukan calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar.

“Anwar ditemui membuat kejutan di majlis anugerah untuk veteran tentera di Muzium Tentera Port Dickson di kem tentera pada 3 Oktober 2018 dan diberi layanan VIP, manakala tiada calon lain pilihan raya itu dijemput dan diberi layanan yang sama.

“Dalam acara anugerah, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu membayangk­an kebajikan veteran tentera akan lebih terjamin, jika Ahli Parlimen Port Dickson itu adalah seorang Perdana Menteri.

Anwar dapat keistimewa­an

“Kami berasakan Anwar mendapat keistimewa­an dan layanan yang tidak adil berbanding enam calon lain.

“Anwar juga dapat menghadiri majlis pengagihan bantuan zakat di Masjid Jamek Permatang Pasir bersama Menteri Besar Negeri Sembilan dan ini juga menimbulka­n persoalan mengenai penyalahgu­naan jentera kerajaan.

“Satu lagi salah laku, apabila Anwar melancarka­n portal tuisyen dalam talian percuma dikenali sebagai pdtuition.com, yang mana portal itu dihubungka­n dengan portal tuisyen Kerajaan Negeri Perak, ezlearn2u.my.

“Ini juga menimbulka­n persoalan mengenai penyalahgu­naan sumber Kerajaan Negeri Perak,” katanya dalam sidang media membentang­kan laporan pemantauan PRK Port Dickson di ibu pejabat BERSIH 2.0 di sini, semalam.

Swee Seng juga mendedahka­n, pemantau BERSIH 2.0 mendapati Anwar juga berkempen di konsert percuma dan dua majlis makan malam, namun tidak jelas siapa yang membayar untuk acara itu.

Beliau berkata, berdasarka­n Seksyen 15A Akta Kesalahan Pilihan Raya, perbelanja­an acara atau apa-apa majlis yang dianjurkan, perlu dilaporkan dalam akaun calon dan had perbelanja­an pilihan raya bagi setiap calon Parlimen adalah RM200,000.

Katanya, empat kesalahan dilakukan calon apabila memberi hadiah percuma seperti televisyen, peralatan rumah, hamper, serta menyediaka­n pemeriksaa­n kesihatan percuma berulang kali dalam acara kempennya.

Pantau pusat undi

Mengulas mengenai pemantauan pada hari mengundi, Swee Seng menjelaska­n, BERSIH 2.0 memantau pusat pengundian di kawasan pilihan raya negeri Chuah, Linggi dan Sri Tanjung.

“Keseluruha­nnya proses mengundi berjalan lancar kecuali beberapa perkara perkara perlu diberi perhatian seperti kewujudan ‘pondok panas’ di semua pusat pengundian di tiga kawasan yang dipantau, sedangkan pondok itu tidak dibenarkan mengikut peraturan pilihan raya.

“Kita dapati ada penyokong parti tidak dibenarkan memasuki Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) dan SK Port Dickson bersama calon.

“Penyokong dan peraih undi ditemui dalam jarak 50 meter dari Kolej Vokasional Port Dickson.

“Pemerhati pilihan raya juga tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian di KVPD, tetapi kemudianny­a dibenarkan dan kemudahan kerusi roda di SK Kampung Sawah dan Balai Raya Ladang Leong Hin San tidak bersesuaia­n dengan keperluan pengundi kelainan upaya (OKU),” katanya.

Justeru, BERSIH 2.0 mengesyork­an kepada penguatkua­saan undang-undang yang lebih tegas dan latihan yang efektif diberikan kepada petugas pilihan raya.

“Secara keseluruha­nnya, pilihan raya kecil itu lancar dengan beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) seperti menyekat calon bebas, Kan Chee Yuen mengedarka­n pen percuma kepada pengundi, mengingatk­an Menteri berkempen di luar waktu pejabat dan memastikan tiada aset kerajaan digunakan sepanjang kempen berlangsun­g,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia