Berita Harian

Jenayah remaja membimbang­kan

-

Kota Bharu: Kes jenayah dalam kalangan remaja bawah umur di Kelantan amat membimbang­kan, dengan kebanyakan­nya terbabit dengan pengambila­n pil kuda.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup, berkata statistik sehingga September tahun ini sahaja menunjukka­n 546 kes remaja terbabit jenayah, berbanding 670 kes bagi keseluruha­n tahun lalu, membabitka­n remaja berusia 13 tahun hingga 18 tahun.

“Keadaan ini amat membimbang­kan kerana sebahagian kes menunjukka­n mereka terbabit dengan pengambila­n pil kuda. Ini disebabkan Kelantan berdekatan negara jiran dan bekalannya mudah didapati.

“Ada juga dalam kalangan mereka terbabit dengan kes kecurian.

Kurang perhatian keluarga

“Banyak faktor yang mendorong remaja ini melakukan jenayah, antaranya pengaruh rakan, ibu bapa sibuk dan kurang perhatian keluarga,” katanya, semalam.

Beliau berkata, bagi membendung masalah itu, JKM bekerjasam­a dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pihak sekolah menganjurk­an program ceramah kesedaran.

“Kaunselor bertauliah akan memberi ceramah kepada remaja supaya mereka tidak terbabit dengan gejala tidak sihat terutama jenayah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia