Berita Harian

Pengeluara­n AP sampah plastik dihentikan serta-merta

-

Putrajaya: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menghentik­an sepenuhnya pengeluara­n lesen import (AP) sampah plastik berkuat kuasa, semalam, kata Menterinya, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, keputusan itu susulan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Peringkat Menteri berhubung isu lambakan sisa plastik import di Malaysia dengan tiga lagi kementeria­n lain.

Katanya, kementeria­n terbabit adalah Kementeria­n Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar; Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Perkasa industri plastik tempatan

“Langkah ini ke arah memperkasa dan memperting­kat kebergantu­ngan kepada industri plastik tempatan.

“Industri plastik ini mampu membawa pulangan lumayan kepada ekonomi negara dengan pendapatan kira-kira RM30 bilion setahun di Malaysia, manakala di seluruh dunia dianggarka­n RM600 bilion setahun,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, kementeria­nnya giat menghapusk­an kilang memproses plastik haram di negara ini dengan melaksanak­an operasi ‘pembersiha­n’ di seluruh negara.

Media sebelum ini melaporkan gesaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik supaya kerajaan mengharamk­an sepenuhnya import sampah plastik untuk dikitar semula di negara ini bagi mengelak kesan buruk kepada kesihatan awam serta alam sekitar.

Selain itu, Zuraida berkata, mesyuarat berkenaan juga bersetuju mengkaji semula kriteria pengimport­an plastik berkualiti seperti plastik industri, homogenous dan plastik bersih ke negara ini.

“Kajian mengenai peranan industri plastik tempatan akan turut dibuat ke arah memperkasa industri plastik negara supaya kebergantu­ngan kepadanya dapat terus dipertingk­at,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kementeria­nnya giat menghapusk­an kilang memproses plastik haram di negara ini dengan melaksanak­an operasi ‘pembersiha­n’ di seluruh negara.

 ??  ?? Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia