Berita Harian

‘Pelaksanaa­n hukuman mati abai undang-undang, kejam’

Tindakan Singapura tolak petisyen pengampuna­n dikesali

- Oleh Rizalman Hammim dan Azura Abas

Pelaksanaa­n hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Prabu Pathmanath­an, di Singapura awal pagi semalam, adalah perbuatan tanpa undang-undang yang mengabaika­n proses sepatutnya.

Penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran, yang mewakili keluarga Pathmanath­an, berkata pelaksanaa­n hukuman mati itu juga menyalahi undang-undang dan kejam, dilakukan dengan melanggar proses yang wajar serta menentang rayuan yang dibuat oleh Malaysia.

“Lewat malam tadi (kelmarin), Pejabat Presiden Singapura menyampaik­an surat kepada keluarga Pathmanath­an sebagai tindak balas terhadap petisyen pengampuna­n mereka.

“Surat itu menyatakan ‘proses pengampuna­n sudah selesai’ dan ‘kami tidak dapat memenuhi permintaan anda’.

“Penolakan ini menyalahi undang-undang di bawah Perlembaga­an Singapura di tambah lagi tiada petanda untuk memfailkan permohonan petisyen pengampuna­n baharu.

“Ini adalah pelanggara­n terhadap proses sewajarnya apabila Presiden Singapura menolak petisyen pengampuna­n keluarga tanpa mempertimb­angkannya, ini adalah perbuatan yang tidak berperikem­anusiaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hukuman tergesa-gesa

Pathmanath­an yang didapati bersalah mengedar dadah pada 2014, dijatuhkan hukuman mati dan menjalani hukuman gantung di Penjara Changi pada awal pagi semalam dan ahli keluargany­a sudah menuntut mayat bagi tujuan persemadia­n di Singapura.

Surendran dalam kenyataann­ya itu turut mempersoal­kan pelaksanaa­n hukuman mati yang tergesa-gesa apabila notis pemberitah­uan kurang dari satu minggu diberikan kepada Pathmanath­an dan keluargany­a.

“Adakah ini satu kaedah tidak jelas oleh pihak berkuasa Singapura untuk melaksanak­an hukuman secara rahsia dan untuk mengelakka­n perwakilan dibuat atau permohonan mahkamah difailkan?” soalnya.

Pada 31 Disember 2014, Pathmanath­an, 31, dijatuhi hukuman mati kerana didakwa mengedar 227.82 gram diamorphin­e atau heroin ke republik itu.

Dalam laporan sebelum ini, Surendran mengatakan terdapat keraguan terhadap sabitan Pathmanath­an kerana dadah itu dijumpai dalam kenderaan yang dipandu oleh orang lain dan bukan mendiang, selain mendakwa bahawa pengakuan yang diperoleh daripada Pathmanath­an oleh pendakwaan untuk perbicaraa­n dibuat di bawah tekanan.

Abai proses asas

Beliau berkata, ia amat mengecewak­an apabila Kerajaan Singapura mengabaika­n proses asas dalam usaha mereka untuk mengendali­kan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia.

“Kami faham Menteri Kabinet Malaysia sudah bercakap terus kepada pemimpin Singapura dalam usaha menghentik­an pelaksanaa­n, tetapi tidak berhasil,” katanya.

Surendran berkata, ibu bapa dan adik beradik Pathmanath­an kecewa terhadap pelaksanaa­n hukuman mati ke atas anak dan saudara lelaki mereka.

“Mereka ingin mengucapka­n terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan semua pihak di Malaysia dan Singapura yang memberikan sokongan dan doa kepada mereka sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata Malaysia menggesa Singapura meringanka­n hukuman mati mandatori Pathmanath­an.

Ia amat mengecewak­an apabila Kerajaan Singapura mengabaika­n proses asas dalam usaha mereka untuk mengendali­kan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia” N Surendran, Penasihat Lawyers for Liberty

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia