Berita Harian

Hukuman 3 polis minta, terima rasuah kekal

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam mengekalka­n hukuman penjara 10 bulan dan denda RM10,000 masing-masing terhadap tiga anggota polis atas pertuduhan meminta dan memperoleh rasuah wang tunai untuk melepaskan seorang warga Myanmar yang disyaki memiliki kad Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) palsu.

Hakim Datuk Azman Abdullah, memutuskan demikian selepas menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang diperintah­kan Mahkamah Sesyen ke atas Asisten Superinten­dan Mohamad Zafrul Zulkifli, 38, Lans Koperal Mohamad Hasirun Abu Hassan, 30, dan Lans Koperal Mohd Saffuan Mat Salleh, 32.

Dalam penghakima­nnya, Azman berkata, selepas meneliti rekod rayuan dan hujahan ketiga-tiga perayu, mahkamah mendapati sabitan bersalah oleh Hakim Mahkamah Sesyen adalah selamat untuk dikekalkan.

“Hukuman penjara 10 bulan dan denda RM10,000 atau penjara setahun yang dijatuhkan ke atas ketiga-tiga perayu juga tidak terlampau berat dan memadai dengan kesalahan yang dilakukan sebagai anggota polis yang terbabit dengan rasuah.

“Dengan itu rayuan ke atas sabitan bersalah dan hukuman ke atas mereka di tolak,” katanya.

Mahkamah bagaimanap­un membenarka­n permohonan ketiga-tiga perayu untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia