Berita Harian

Suspek utama lepas tahanan reman

-

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahka­n suspek utama kes langgar lari seorang kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) di Shaftsbury Square, Cyberjaya, minggu lalu dilepaskan daripada tahanan reman sertamerta.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ab Karim Ab Rahman yang membenarka­n permohonan semakan terhadap perintah reman membabitka­n suspek turut memerintah­kan dua lagi rakan suspek yang juga direman dilepaskan.

Dalam penghakima­nnya, Ab Karim berkata, mahkamah mendapati permohonan yang dibuat bagi perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak menunjukka­n bahawa suspek dilepaskan dahulu daripada tahanan reman terdahulu dan ditangkap semula.

“Ini menjadikan permohonan reman itu sambungan kepada reman kedua yang menyalahi Seksyen 117 (2) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), ditambah lagi majistret tidak beri apaapa sebab penahanan (reman). Ini bertentang­an dengan Seksyen 117 (7) KPJ.

“Dengan ini mahkamah menyemak perintah yang dibuat Mahkamah Majistret Sepang dan ketiga-tiga suspek dilepaskan serta-merta sebelum jam 5 petang ini (semalam),” katanya.

Terdahulu, enam peguam iaitu Dinesh Muthal, Jeremy Yinesh, Mohd Redzuan Mohd Yusof, Mehnagna Luckhmana, Nur Siti Fairuz Roslan dan Luqman Mazlan yang mewakili ketigatiga suspek itu membuat permohonan semakan terhadap perintah reman membabitka­n anak guam mereka.

Sebelum ini, suspek utama iaitu seorang warga Libya berusia 23 tahun itu serta dua rakannya iaitu seorang lelaki warga Yeman, 22, dan lelaki warga Libya, 20, direman lima hari bermula Selasa lalu.

Semua suspek direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 19 Oktober lalu, semua suspek terbabit ditahan di dua lokasi berasingan dan direman selama empat hari mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia