Berita Harian

Rahmad Mega mangsa sindiket mata wang digital Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Penyanyi dakwa rugi ratusan ribu ringgit, 5,000 ditipu RM12J

-

Penyanyi, Rahmad Mega, mendakwa kerugian beratus ribu ringgit akibat ditipu sindiket pelaburan mata wang digital.

Lebih mengecewak­an, katanya, beliau dituduh mangsa lain sebagai penipu dan dalang yang menggelapk­an jutaan ringgit wang pelaburan serta menganjurk­an skim cepat kaya.

“Nama saya busuk akibat aktiviti pelaburan ini. Satu Malaysia melihat saya seolaholah ‘penganjur utama’ sedangkan saya juga adalah mangsa pelaburan.

“Reputasi saya terjejas kerana dituduh menipu dan mengan jurkan skim cepat kaya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pemilik nama sebenar Rahmad Tohak, 48, itu berkata, beliau diperdaya seorang lelaki tempatan berusia 30an, yang mendakwa pakar pelaburan dan pernah menjadi broker saham di Amerika Syarikat.

Individu itu, katanya, yang memperkena­lkan diri sebagai pengasas dan pemilik wang digital, menawarkan pembelian mata wang digital dan menjanjika­n keuntungan kepada pelabur bermula November tahun lalu.

Rahmad berkata, beliau diminta membuat pelaburan minimum AS$100 (RM420), selain perlu mencari ‘downline’ bagi meningkatk­an keuntungan.

“Saya bersama ‘downline’ lain menyertai pelaburan itu dengan jumlah keseluruha­n wang diserahkan kepada lelaki terbabit melebihi RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata, pelabur mula curiga apabila janji untuk membayar bonus pelaburan pada Mei lalu, tidak ditunaikan.

Gagal dihubungi

Kata Rahmad, beliau meminta lelaki itu memberi penjelasan dan membayar semula wang milik pelabur, namun lelaki itu memberi pelbagai alasan tidak munasabah dan kemudianny­a gagal dihubungi.

“Saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, pada 10 Oktober lalu, berserta semua bukti, termasuk pemindahan wang kepada lelaki itu bagi membersihk­an nama saya.

“Apa yang pasti, lelaki itu menggunaka­n nama saya sebagai artis untuk meyakinkan dan menarik pelabur lain,” katanya.

Beliau berharap polis dapat melakukan siasatan terperinci berikutan lebih 5,000 lagi mangsa ditipu dengan kerugian melebihi RM12 juta.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Luthfi Ismail, berkata suspek kes itu, lelaki berusia 31 tahun, ditahan polis, di Tanjung Minyak, Melaka, kirakira jam 5 petang kelmarin.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan terbabit, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Setakat ini, hanya satu laporan polis diterima membabitka­n suspek terbabit,” katanya sambil menasihatk­an orang ramai lebih berhatihat­i dengan sindiket penipuan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI / BH ] ?? Rahmad menunjukka­n laporan polis ketika ditemui di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI / BH ] Rahmad menunjukka­n laporan polis ketika ditemui di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia