Berita Harian

Suri rumah disamun ketika jemur kain

-

Jasin: Seorang suri rumah kerugian kirakira RM6,000 selepas disamun dua lelaki ketika sedang menjemur kain di rumahnya di Jalan Batu Gajah, Merlimau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 9 pagi, wanita warga emas berusia 66 tahun itu tergamam apabila tibatiba dua lelaki menunggang motosikal menghampir­inya, berpurapur­a mahu memasang cermin rumah anak mangsa yang terletak di belakang rumahnya.

Suspek tolak wanita hingga terjatuh

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superinten­dan Arshad Abu, berkata ketika bercakap dengan mangsa, suspek bertindak menolak wanita itu hingga terjatuh lalu meminta menyerahka­n gelang tangan yang dipakainya.

“Tidak cukup dengan barang kemas itu, keduadua suspek kemudian membawa mangsa masuk ke dalam rumah lalu menggeleda­h dan mengambil wang tunai RM1,000, selain sebentuk loket dan satu tabung duit,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Katanya, suspek kemudian beredar meninggalk­an mangsa tanpa menyebabka­n kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia